Misteri kehilangan 1 keluarga balik bercuti dari Pulau Perhentian akhirnya terjawab

Oleh ISMAIL YAHYA

Difahamkan kereta yang dinaiki oleh 4 beranak yang dilaporkan hilang ini telah ditemui di sebuah kedai makan yang terletak di Kluang, Johor.

Khabar berita itu disampaikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Nazrul.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan menerusi ruangan komen perkongsiannya mengenai hal ‘kehilangan’ keluarga ini di Facebook miliknya.

Misteri kehilangan 1 keluarga balik bercuti dari Pulau Perhentian akhirnya terjawab

Jelasnya lagi, pihaknya terus bergegas ke kedai tersebut dan mereka mendapati bahawa kereta itu telah tiada. Jelasnya, pemilik kedai telah mengesahkan bahawa 4 beranak ini ada berhenti dan makan di kedai tersebut.

Dipercayai, salah seorang lelaki yang hilang dalam kes ini iaitu Aiman Rafee telah menbayar makanan yang mereka makan di restoran itu.

Bahkan, Ahmad Nazrul memaklumkan bahawa kesemua mangsa kini sudah selamat tiba di rumah mereka di Kluang, Johor.

“Alhamdulillah mereka telah disahkan selamat tiba di rumah mereka di Kluang Johor. Ahli keluarga mereka dari Johor yang datang ke Terengganu pagi tadi sekarang sedang dalam perjalanan pulang ke Johor. Mereka telah berhubung dengan saya.”

Dengan berita penemuan tersebut, Ahmad Nazrul berharap agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini. Jelasnya, pihak berwajib akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu dalam usaha mencari ini. Terima kasih pihak PDRM, pengusaha resort dan hotel Pulau Perhentian, pengusaha bot Pulau Perhentian dan semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tak langsung.”

BACa: “Kami rasa bahagia bila abah dipenjarakan, sebulan sebelum abah dibebaskan kami mula rasa takut, setiba abah dirumah ini yang jadi”