‘Awak panggil saya musibat? Dosa ke jadi janda?’ – Ibu Shila Amzah

Oleh NADIA HARON

Siapa saja yang tidak tahu dengan perkembangan cerita mengenai isu rumah tangga penyanyi veteran

ND Lala dan bekas isteri, Datin Fauziah yang berlaku beberapa bulan lalu atas sebab orang ketiga.

Bahkan, disebabkan rasa kecewa dengan tindakan bekas suami,

'Awak panggil saya musibat? Dosa ke jadi janda?' - Ibu Shila Amzah

Datin Fauziah dilihat sering kali meluahkan perasaan di media sosial serta membongkar hal yang disembunyikan oleh ND Lala.

Terbaru, di laman Instagram, Datin Fauziah atau mesra dipanggil Mama Zie berasa terkilan kerana terdapat seorang individu meninggalkan komen negatif membabitkan dia dan anak-anak.

Awak panggil saya musibat dan kutuk saya janda. Berdosa ke jadi janda?

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Fauziah Sarman (@mamazie68)


Dapat dilihat dalam hantaran screenshot yang dimuat naik oleh wanita itu, individu tersebut mengutuk dan memberi gelaran yang tidak baik.

Fauziah turut sempat membuat telahan bahawa lelaki berkenaan ada pertalian darah dengan ‘penyondol’ yang kini merupakan isteri ND Lala.

Sekadar info, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh difahamkan, melafaz cerai terhadap Fauziah hanya melalui aplikasi WhatsApp pada 2 Ogos lalu.

BACA :“Lepas grad, adik ipar tumpang rumah aku, mula-mula ok, lama-lama aku perasan benda mencurigakan pasal dia, terkejut aku bila terjah bilik dia”