Mulalah mak dia ungkit semua. Wang hantaran 10k duit anak dia habis ikut kata aku.HELLLLOO aku ni kerja lebih 3 tahun dari anak dia. Duit hantaran tu kongsi tau
Dia kata sejak anak dia kahwin dia tak boleh dah buka dompet anak dia.Nama aku Mawar, aku berkahwin dengan seorang lelaki yang merupakan anak bongsu dalam keluarga dia. Boleh dik4takan dia anak mak.
Sebelum dia berkawan dengan aku. Dia akan ke sana ke mari bersama dengan mak dia.
Dia tidak bekerja dan hanya ikut kata mak dia. Aku berkawan dengan dia pada mulanya hanya untuk suka-suka. Dia seorang pelajar yang pintar dan sangat ramai wanita yang ingin berkawan dengan dia semasa belajar dahulu.
Ya aku dan dia satu tempat belajar tapi aku tak pernah tegur dia kerana waktu tu aku dengan dunia aku. Nak dijadikan cerita aku mula berkawan dengan dia sewaktu ingin bertanya pasal SPA. Kami pada mulanya berbaIas chat seperti kawan biasa.
Lama-lama aku rasa sunyi bila tiada kawan. Jadi aku hanya layan dia untuk luangkan masa yang ada. Dalam tak sedar kami ada rasa suka satu sama lain. Aku ni malas nak bercinta bagai nak rak tapi nanti last rak patah. Hehe.
Jadi aku minta dia untuk datang berjumpa dengan keluarga aku jika dia betul minat pada aku. Dia datang bersama keluarganya untuk kali pertama. Jujur aku kata aku happy.
Tapi selepas mereka pulang aku nampak riak wajah keluarga aku tidak senang dengan mak dia.
Yalah aku ni duduk rumah flat je. Mak dia siap cakap rumah tu kecil. Tapi aku bodoh waktu tu, sebab sayang aku pedulikan je. Akhirnya kami bertunang tapi waktu tu pkp. Selepas keluarga berjumpa aku minta dia untuk cari kerja sebab sampai bila nak duduk sahaja.
Aku cuba tolong dia untuk dapat kerja. Akhirnya dia dapat kerja berdekatan tempat tinggal dia dan agak popular tempat dia bekerja tu. Alhamdulillah kami akhirnya ingin ke step seterusnya. Dia ada sampaikan hasrat dia pada mak si dia.
Tapi mak dia menolak kerana katanya anak dia baru je kerja. Kalau korang nak tahu mak dia tolak sebab aku mintak hantaran 10k SAHAJA. Dan itu pun bukan duit anak dia sorang kami kongsi sebab aku pun kerja waktu tu lebih kukuh dari anak dia.
Kami kuatkan hati, kami bertunang semasa pkp 1, Dalam tempoh bertunang Ya Allah dugaan sangat berat. Dan ujian aku semuanya dari mak dia. Sumpah aku sampai tahap hilang sabar Tapi mak aku keluarga aku dan kawan-kawan sentiasa kuat kan aku dan suruh bersabar.
Aku ada bagitahu dia selepas kahwin aku taknak duduk dengan mak dia selepas aku dengar cerita pasal kakak ipar dia yang kena dengan mak dia. Aku cuba elakkan masalah macam tu korang pun tahu tinggal dengan mertua ni masalah besar nak lagi jenis nak menantu jadi kuIi dia.
Mak dia tak setuju sampai ugut tak restu kalau dia berpindah dari rumah tu selepas kahwin. Aku terus call mak dia terangkan yang kami akan tetap kekal di negeri bandar yang sama cuma kami minta untuk duduk sendiri. Lama-lama mak dia setuju.
Mak dia ada rumah yang disewakan pada orang. Bakal suami aku ni pun minta untuk duduk situ sewa sebab orang tu tak lama lagi nak keluar. Kami bayar deposit pada mak dia RM600 untuk book rumah tu. Selepas 2 minggu bakal suami aku ni tahu mak dia dah sewakan pada orang lain rumah tu. Korang rasa tak ke aku angin?
Walaupun duit deposit tidak dipulangkan kepada kami, aku tetap cari rumah yang lain untuk kami, sampai sekali lagi aku jumpa rumah yang agak biasa je lah nak kata elok tu tak lah tapi murah. Bakal suami aku ni pun bawak mak di pergi tengok rumah tu.
Ye lah aku waktu tu jauh. Aku tak duduk satu negeri kami pjj. Selepas tengok rumah tu kami pun setuju. Tapi sekali lagi korang mak dia halang sampai cakap lepas kami pindah dia nak duduk pondok je, seolah-olah kami buang dia.
Untuk pengetahuan korang dia ada 4 orang adik beradik. 2 abang dan 1 kakak. Mereka duduk dekat je pun satu sama lain. Last sekali aku dah mula give up dan hampir putvs tunang sebab akak dia siap whatsapp aku cakap aku kepala batu, biar adik dia jaga mak dia dulu nanti rumah akak dia dah siap dia ambik mak dia. Aku ni segalanya lah jahat.
Salah ke aku nak lindung diri aku dari kena macam ipar-ipar laki aku? Bukan aku nak bawa anak dia pindah negeri pindah rumah je pun. Boleh lagi jumpa hari-hari. Akhir sekali kalau dah jodoh kan lari mane pun kahwin juga.
Selepas berkahwin aku duduk dengan mak dia tapi korang tahu baru hari ke 3 mula lah perang terjadi. Pagi tu suami aku ajak untuk aku makan sarapan mak dia ada di bilik sebelah, kira mak dia dengar lah yang laki aku ajak aku sarapan mak dia nak ikut, laki aku ni pula lurus dia pergi tanya aku “sayang mak nak ikut boleh ke”,
Aku macam eh ikut je lah bukan ada masalah pun. Cuma laki aku risau aku tak selesa. Yelah kami baru berkahwin tak sampai 3 hari honeymoon pun tak pergi sebab pkp. Jadi aku faham laki aku nak jalan berdua. Okey lepas mak dia dengar laki aku tanya aku.
Mak dia terus angin orang tua tu siap cakap laki aku anak derhaka, ikut cakap bini. Aku yang dengar ni terus terk3jut sumpah apa masalah sangat ni. Kalau laki aku salah pun tak perlu lah sampai cakap macam tu. Aku bangun pergi jumpa mak dia.
Aku tanya kenapa jadi macam ni maybe mak disalah faham. Aku pun terangkan lah apa yang laki aku fikirkan tadi bukan sebab dia takut aku atau apa. Maka mula lah mak dia ungkit semua. Wang hantaran 10k duit anak dia habis ikut kata aku.
HELLLLOO aku ni kerja lebih 3 tahun dari anak dia. Dan duit hantaran tu kongsi tau. Dia kata sejak anak dia kahwin dia tak boleh dah buka dompet anak dia. Ini betul dulu sebelum kahwin mak dia hari-hari buka dompet laki aku cek duit semua.
Lepas kahwin aku nasihat lah laki aku itu privacy kita suami isteri ada duit ke tak jangan sampai mak tahu. Sebab mak dia ni suka bercerita pada anak-anak lain. Masa anak dia banyak habis kat aku. Ni aku sumpah tak faham.
Baru je kot kahwin 3 hari korang. Kami pun baru je settle hal kahwin memang lah sibuk sikit. Dia h1na keluarga aku. Part ni sampai sekarang pun aku tak maafkan dia selagi dia tak minta maaf pasal tu. Korang tahu dia kata apa.
Dia nak kami duduk dengan dia sebab rumah dia besar. Padahal rumah tu pun dia sewa kot harta dalam rumah tu nanti akan jadi laki aku punya kalau aku duduk rumah tu. Tak macam rumah mak aku flat kecil sempit.
Sumpah bagi aku too much. Dia siap cakap perkahwinan ni 100% duit anak dia. Cakap mak bapak aku ambik duit anak dia. Aku waktu tu dah hilang sabar aku hanya minta maaf dan blah. Selepas kejadian aku buat hal macam biasa tak pelah semuanya macam dah ok tapi mak dia tak henti- henti ceritakan kemewahan hidup dia tapi ni waktu laki aku takde kat rumah. Waktu tu aku masih mencari kerja.
Selepas seminggu aku dapat kerja. Maka rutin kami m4kin sibuk yelah dua-dua kerja keluar pagi balik malam lagi tak sempat borak dengan mak dia. Ada lah borak sikit tapi kalau dah sampai rumah pukuI 9 malam badan kau pun dah penat hadap customer 1 hari.
Kami suami isteri pun kadang-kadang balik tidur terus tak borak ape penat sangat jadual kami kadang-kadang tak sama. Kadang-kadang dia kerja malam kadang-kadang aku kerja malam. Okey korang bilik yang aku duduk sekarang ni sangat azab ye panas.
Kalau tidur tu peluh tu memang dah biasa. Macam sauna. Korang ingat tak waktu duit kwsp dapat dikeluarkan 5k? Aku adalah salah seorang yang keluarkan duit tu. Aku beli aircond cash pakai duit aku. Tapi mak dia tak habis-habis tuduh aku pakai duit anak dia. Tapi aku diamkan sahaja aku senyum.
Laki aku ni ada kereta sebenarnya kereta tu abang dia punya tapi selepas kahwin laki aku nak kereta tu dan sambung bayar. Abang dia setuju untuk kami sambung bayar walaupun mak dia sangat tak suka hal tu terjadi. Kereta tu laki kau guna dengan mak dia dari dia belajar tapi abang dia yang bayar bulan.
Maka bila laki aku minta sambung bayar abang dia okey yelah abang dia ada kereta H yang dia kena bayar jugak tiap bulan. Kalau korang nak tahu sebab aku ni jenis bukan nak hidup dengan duit laki sebab dari dulu dah biasa pakai duit sendiri.
Aku bayar kereta tu dengan duit nafkah yang laki aku bagi supaya tak bebankan dia. Nak dijadikan cerita mak mertua aku dan kakak ipar aku nak ke langkawi. Aku ni baik hati belikan tiket feri hotel semua. Pagi tu aku bangun awal pergi print kan tiket semua, siap belikan sarapan untuk mertua aku.
Di sinilah mulanya marah yang aku pendam membara. Selepas siap makan, kakak ipar aku pun sampai. Aku pun gerak nak mandi, nak siap pergi kerja. Waktu dorang masukkan beg dalam kereta kami, aku macam eh apa ni? Tengah buat apa ni? Aku blur sumpah blur.
Makan yang aku letak dalam kereta pun mak dia keluarga kan. Aku betul-betul blur waktu tu. Tapi aku masih diam. Tak ada sorang pun mintak izin kami untuk pakai kereta tu. Lepas salam semua, akak dia bagi kunci kereta akak dia kat laki aku suruh panaskan kereta dia nanti takut lama tak hidup rosak.
Mereka pergi naik kereta kami yang aku bayar pakai duit nafkah aku! Tanpa minta izin aku. Maka aku pun naik h4ntu dengan laki aku. Tapi laki aku kata dia tak tahu, dia pun tak faham apa yang jadi dan tak ada siapa bagi tahu dia yang mereka nak pakai kereta tu.
Aku ambik barang aku keluar dari rumah tu. Aku cakap aku nak balik rumah family aku. Aku cerita semua apa mak dia h1na kutuk family aku. Family aku bukan lah susah sangat tapi sebab ibubapa aku tak nak pindah dari rumah flat tu kemudahan banyak di tengah bandar raya flat elok je pun tapi masih ada orang kolot. Jadi apa pandangan anda semua? – Bunga Mawar (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Sun Goldenhope : Ha.. inilah masa untuk bertindak. MIL pergi Langkawikan? Cepat kemas barang dan pindah. Kalau tt tunggu dia dah balik, dia buat ‘speaker corner’ suami tt taktau nak jawab apa nanti. Maklumlah anak mak!
Bila MIL balik, dia keluarkan barang dari kereta, cepat pegang kuncinyanya. tt masak, siap dia makan, tt kata nak balik, dah pindah. Terus ambil kereta tt dan keluar. Biarlah dia memetir. Pokoknya tt tak dengar. Suami tt nak tunggu, biar dia tunggu. Takpun, tt tarik tangan dia. Masuk kereta, terus blah. Yang lain-lain tu, tunggu tt betulkan mentaI tt dulu.
Hora Hera : Lepas ni, terus terang je yang duit kau keluar beli sekian-sekian tu bagitahu semua. Duit hantaran tu pun korang tong-tong separuh, bukan total duit anak dia. Pindah segera, duduk jauh-jauh kalau boleh. Boleh lagi diselamatkan, sebab laki kau dah macam tersepit tu. Tak kan la, baru kahwin nak bercerai berai. Masih ada jalan penyelesaiannya, yang penting pindah dengan kadar segera.