Kecoh penghuni flat tiba-tiba campak perkakas keluar dari rumah, rupanya..

Oleh NADIA HARON

Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana mencampakkan basikal, ketuhar gelombang mikro dan televisyen

ke luar tingkap sebuah unit apartmen di Punggol, Singapura, lapor portal berita Mothership semalam.

Polis dimaklumkan mengenai insiden di pangsapuri 223A Sumang Lane, Punggol itu kira-kira pukul 5 pagi (waktu tempatan) Jumaat lalu.

Kecoh penghuni flat tiba-tiba campak perkakas keluar dari rumah, rupanya..

Seorang penghuni yang mendiami tingkat tiga blok yang sama memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa dia terjaga pada pukul 5 pagi (waktu tempatan) selepas terdengar bunyi objek jatuh di atas tanah.

Sejurus melihat ke luar tingkap, dia mendapati terdapat sebuah basikal, pasu dan serpihan kaca di atas tanah.

Sementara itu, akhbar Straits Times melaporkan seorang lelaki ditahan kerana didakwa membuang basikal, ketuhar gelombang mikro dan televisyen keluar dari tingkapnya.

Tiada kecederaan dilaporkan, manakala kes itu masih disiasat

BACA: “Seorang lelaki tiba-tiba datang serang rumah kami, dia tuduh abah ngorat maknya yang janda, ayah jatuh terduduk sambil urut dada bila dengar fitnah itu”