Puas hati bila dah tahu, rupanya macam ini cara jurujual masukkan kereta dalam mall

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seringkali anda lihat pameran kareta dalam pusat membeli-belah dan pastinya anda tertanya-tanya bagaimana kereta dimasukkan untuk pameran tersebut, bukan?

Sekian lama ia menjadi misteri, kini misteri tersebut telah dibongkar oleh seorang pengguna Twitter

@lalaproton yang merupakan seorang konsultan jualan Proton di Kuantan.

Puas hati bila dah tahu, rupanya macam ini cara jurujual masukkan kereta dalam mall

Haaaa ingat lagi tak haritu pernah juga viral pasal orang tertanya-tanya macamana salesman bawa masuk kereta dalam mall? 😂

Kalau cukup 100RT lala akan belanja video process kitaorang masukkan kereta dalam mall! Hehe pic.twitter.com/6RbqzNEIfS

Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengatakan bahawa sebenarnya tidaklah sukar untuk membawa masuk kereta pameran ke dalam sesebuah pusat membeli-belah.

@lalaproton Pernah tgk salesman keluarkan kereta dalam mall? Haa jom tengok! Double tap kalau korang nak content behind the scene macamni lagi #lalaproton #fyp ♬ Sounds like a mystery music box – Yohei


Sebenarnya, operasi memasukkan kareta pameran ini dilakukan pada waktu malam apabila pusat membeli belah telah ditutup dan tiada pengunjung di sana.

Untuk pengetahuan anda, kereta pameran dimasukkan melalui sama ada dari pintu utama atau pintu belakang pusat membeli-belah. Malah, beliau turut berkongsi video sepanjang proses membawa masuk kereta ke dalam pusat membeli-belah.

 

Berikutan itu, rata-rata netizen tampil dengan pelbagai reaksi dan mengatakan bahawa akhirnya persoalan mereka terjawab. Malah, para netizen berpuas hati dengan jawapan misteri tersebut.

Akhirnya persoalan ramai orang sudah terjawab. Adakah anda masih lagi ada pertanyaan yang masih tidak terjawab dalam minda anda?

BACA: “Aku cek fon suami, jumpa banyak mesej dan call dari kakakku sendiri, istigfar aku baca mesej mereka macam pasangan baru kahwin”