Bila ada kereta sendiri ni, memang perkara pertama nak buat adalah tambah tinted gelap pada cermin kereta!
Kalau boleh satu kereta nak gelap macam kereta VIP.
Tapi apa kan daya, kita cuma marhaen. Tak mampu nak bayar caj tinted gelap mahal-mahal dekat JPJ.
Dan kita bukannya VIP!
Jadi, sebelum kena sakau saman atau JPJ paksa buang tinted gelap cermin, baik kita ambil tahu siap-siap berapa peratusan cermin gelap yang dibenarkan JPJ.
Ciri-ciri tinted gelap dibenarkan JPJ
Apa ciri-ciri cermin gelap yang lulus JPJ?
👉🏻 Cermin depan (windscreen)
70% ketelusan cahaya (VLT).
👉🏻 Cermin sisi pemandu (driver’s side mirror)
50% ketelusan cahaya (VLT).
👉🏻 Cermin depan belakang bahagian penumpang
Pelbagai peratus ketelusan cahaya (VLT) dibenarkan.
👉🏻 Cermin belakang kereta
Pelbagai peratus ketelusan cahaya (VLT) dibenarkan.
Penting untuk kita tahu peratusan yang dibenarkan ni sebelum ke kedai tinted. Kalau tak membazir buat tinted, membazir bayar saman lagi.
Lepastu nak kena keluar duit buat tinted baru lagi. Macam-macam jenis pembaziran boleh berlaku!
Bagitahu je kedai yang kita nak tambah tinted ikut rules JPJ. Mereka tahu yang mana yang boleh pakai.
Kalau kita ikut rules cermin gelap JPJ ni, kita tak akan ada masalah bila lalu roadblock JPJ! Baru boleh berlagak macam abang kawasan 😎
Kalau kita memang berniat nak pasang cermin gelap keseluruh cermin kereta, caj untuk mendapatkan kelulusan bagi pakej VVIP ni adalah RM5,000.
Pakej ni tawarkan tiada had limit kadar ketelusan cahaya bagi cermin belakang dan cermin hadapan.
Syaratnya, kita cuma perlu bayar RM5 untuk dapatkan sijil tersebut sebelum membayar caj bagi pakej ni.
Dan untuk setiap pemprosesan yang dibuat, ada juga caj RM50 bagi setiap permohonan.
Memang mahal kalau nak buat kereta ala-ala VIP ni!