4 tahun menanti cahaya mata, isteri meninggal bersama bayi 8 bulan dalam kandungan hanya kerana sesak nafas

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Dalam meniti alam perkahwinan, pasangan mana yang tidak mahukan zuriat sebagai penyeri hidup mereka?

Suami pastinya menjadi insan paling gembira saat isteri disahkan mengandung.

Selama 9 bulan menanti detik-detik kelahiran, segala persiapan akan disediakan secukupnya khususnya menjelang trimester ketiga.

4 tahun menanti cahaya mata, isteri meninggal bersama bayi 8 bulan dalam kandungan hanya kerana sesak nafas

Ujian hebat untuk suami yang hebat…Kebahagiaan yang bakal dikecapi hilang sekelip mata

@mrwancaiofficial77Ujian Hebat Untuk Suami Yang Hebat❗️ Kebahagiaan Yang Di Kecapi Hilang Dalam Sekelip Mata. Kehilangan Yang Di Lalui Bukan Satu Tapi Dua. Ibu Syahud Kini Berbahagia Bersama Anaknya Di Syurga😭

♬ Dawai – Fadhilah Intan

Namun bagi lelaki ini, dia berdepan ujian cukup hebat apabila kegembiraan untuk menyambut ahli keluarga baru berbaki sebulan sahaja lagi kini bertukar menjadi episod sedih dalam hidupnya.

Akibat mengalami sesak nafas, isterinya, Nor Ezaty Binti Abdul Latif, 26, bersama kandungan berusia 8 bulan tidak dapat diselamatkan.

Bukan 1 tapi 2 kehilangan…Ibu yang syahid kini berbahagia dengan anak di syurga

Pemergian wanita berkenaan bersama anak syurganya diratapi oleh semua ahli keluarga yang datang ke upacara pengurusan.

Si suami juga terlihat menangis saat mendukung bayinya buat kali terakhir sebelum dihantar selamanya untuk pulang ke negeri abadi.

TTC 4 tahun…Lama mereka tunggu tapi Allah lebih menyayangi

Lebih menghibakan, pihak keluarga mendedahkan pasangan suami isteri ini telah berusaha mendapatkan zuriat selama 4 tahun lamanya.

Dijemput pulang tatkala rahimnya sudah ditiupkan malaikat kecil, hanya Allah sahaja mengetahui hikmah di sebalik dugaan berat ini.

BACA: Kafarah ganggu rumah tangga orang, View Chin marah Mira dalam live sampai menangis undang reaksi netizen