Ramai tak tahu, Sardin Ayam Brand sebenarnya bukan syarikat milik rakyat Malaysia

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Ayam Brand, sebuah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dimana kewujudannya sudah ada di pasaran sejak 127 tahun yang lalu.

Pergilah di mana-mana sahaja tidak kira kedai runcit di kampung hingga ke pasaraya besar terkemuka, jenama Ayam Brand pasti ada dijual di situ.

Satu jenama yang cukup popular dan menjadi pilihan orang ramai dengan produk sardin dan tuna berkualiti tinggi dan sedia untuk dimakan.

Ramai tak tahu, Sardin Ayam Brand sebenarnya bukan syarikat milik rakyat Malaysia

Kini jenama ayam Brand sudah tersebar luas merentasi Australia, China, Perancis, Hong Kong, Jepun, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Vietnam.

Ia juga sangat menitikberatkan kualiti produknya dimana bahan-bahannya disedia tanpa menggunakan bahan pengawet, MSG dan trans lemak.

Siapa pengasas Ayam Brand?

Siapa sangka jenama yang begitu terkenal ini diasaskan oleh seorang lelaki warganegara Perancis yang bernama Alfred Clouet.

Pada awalnya, syarikat ini bertapak di Singapura yang mana ketika itu sebahagian daripada British Malaya pada tahun 1982.

Ketika itu, makanan dalam tin dianggap sebagai makanan mewah.

Pada tahun 1954, syarikat ini dibeli oleh Kumpulan Syarikat Denis Freres yang juga merupakan bangsa Perancis juga.

Sehingga kini, nama pengasas diabadikan menerusi nama syarikat pengedaran iaitu A. Clouet & Co Kl Sdn Bhd di Malaysia

Hingga kini, 100 peratus produk sardin Ayam Brand dihasilkan di kilang berkenaan dan kira-kira 1,200 pekerja tempatan berkhidmat di situ.

Tahukah anda, syarikat Ayam Brand ialah salah satu daripada kilang pengeluar sardin terbesar di Asia tenggara.

Selain itu, kilang ini turut menerima pensijilan tertinggi termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tahap kualiti pengeluaran dan kebersihan.

Kini, jenama ini meluaskan lagi rangkaian produknya termasuklah tuna, santan kelapa, kacang panggang dan buah-buahan.

Syarikat Ayam Brand juga menjadi ahli Global Compact, rangkaian singapura sejak 1 Januari 2016.

Pada tahun 2007, satu tinjauan pengguna yang dikendalikan oleh Synovate iaitu sebuah syarikat penyelidikan pasaran global.

Tinjauan tersebut meletakkan Ayam Brand pada kedudukan ke-197 jenama di Asia, di atas nama-nama yang terkenal seperti Nissan, L’Oréal, Heinz, atau American Express.

 

Ayam Brand juga aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti kerja amal dengan rumah-rumah kebajikan.

Syarikat ini sangat berbesar hati apabila dapat membekalkan mereka yang memerlukan dengan makanan enak dan berkhasiat yang mudah disediakan serta dihidangkan.

Menerusi aktiviti kemasyarakatan tersebut, syarikat ini yakin ianya satu platform yang baik untuk menerapkan tabiat pemakanan sihat sepanjang hayat.

Lelaki asing yang membina nama di Tanah Melayu

Alfred Clouet ialah contoh ahli usahawan yang membina nama di negara bukan kelahirannya iaitu Perancis.

Lelaki ini berjaya mencipta nama yang luar biasa dalam perniagaan yang diasaskannya.

Jadi, kita juga boleh mengikuti jejak langkah usahawan Alfred Clouet dengan mencurahkan segala usaha serta keazaman yang tinggi dalam membangunkan empayar perniagaan.

BACA: “Cukuplah 2 anak kita, aku menyesal pantang sendiri, tengah mandi dengar anak anak melalak, keluar toilet suami tengok saja anak”