Timbalan Pengerusi Komisi Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK), Nurul Ghufron memaklumkan Menteri Perhubungan Marin dan Perikanan.
Edhy Prabowo ditahan di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, hari ini.
Lapor CNN Indonesia, Edhy ditahan pada pukul 2 pagi waktu tempatan bersama keluarganya dan berada di pejabat KPK bagi penyiasatan lanjut.
“Tunggu sehingga pendedahan seterusnya.
“Sekitar pukul 1.23 pagi, terdapat beberapa orang yang turut ditahan kedua-duanya merupakan ahli keluarga kepada menteri tersebut,” katanya.
Portal itu turut memetik sumber agensi antirasuah yang memberitahu, Edhy ditahan di Lapangan Terbang Soetta bersama isterinya, Lis Edhy Prabowo serta kedua-dua pembantu mereka.
“Mereka menaiki penerbangan ANA AIR dari San Francisco, Amerika Syarikat dan transit di Jepun sebelum mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dengan rombongan 13 orang termasuk menteri dan isterinya,” katanya.
Timbalan Pengerusi KPK, Nawawi Pomolango turut mengesahkan penangkapan tersebut.
“Memang benar kita sudah menahan beberapa individu malam semalam dan awal pagi ini,” katanya.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan akhbar dikeluarkan setakat ini berhubung penahanan Edhy.
Tangkapan itu dipercayai berkaitan tugasnya di kementerian tersebut.
BACA: Akhirnya terungkai sebab apa ‘steering’ dicipta bulat bukannya petak