Banduan di Jepun berjaya meloloskan diri dari penjara hanya guna semangkuk sup je!

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Tapi ada kisah begitu ‘dark’ disebalik sup ini, iaitu menjadi ‘alat’ untuk melarikan diri dari penjara!

Aik, banduan mana satu yang begitu gila gunakan sup miso ni? Nama banduan yang saya maksudkan ialah Shiratori Yoshie.

Shiratori Yoshie ialah lelaki Jepun kelahiran wilayah Aomori pada 31 Julai 1907.

Banduan di Jepun berjaya meloloskan diri dari penjara hanya guna semangkuk sup je!

Pada awalnya dia bekerja sebagai penjual tofu dan pernah bekerja sebagai nelayan di Rusia.

Banyak jugalah kerja dia buat tapi semuanya tak dapat menampung kehidupannya. Akhirnya, Yoshie terjerumus dalam dunia perjudian.

Tahun 1936, Yoshie dituduh merompak dan membunuh dan dipaksa mengaku kesalahan yang dia sendiri tidak pernah lakukan. Kemudian, dia dipenjara dalam Penjara Aomori. Beberapa bulan kemudian, Yoshie melarikan diri tanpa disedari oleh polis penjara.

Tiga hari kemudian, Yoshie ditangkap semula oleh polis selepas kedapatan mencuri ubat-ubatan. Dia mendapat hukuman penjara seumur hidup dan dipenjara di penjara Akita pada tahun 1942. Tapi, sekali lagi Yoshie melarikan diri dan ditangkap semula selepas ada laporan dari polis penjara yang mengetahui tindakan Yoshie.

Penjara ketiga inilah menjadikan Yoshie begitu terkenal. Dia dipenjara di penjara Abashiri yang terletak di utara Hokkaido pada tahun 1943. Dalam penjara inilah Yoshie menggunakan sup miso yang dihidang tuang ke gari, mengharap gari itu akan berkarat dan membolehkan Yoshie membukanya.

Tahun 1944, Yoshie berjaya buka gari dan melarikan diri dari penjara Abashiri melalui laluan sempit dari celah pintu penjara. Dua tahun jugalah Yoshie tinggal di lombong terbiar, lepas tu kena tangkap semula selepas mencuri buah tomato dan membunuh seorang petani.

Penjara keempat tempat Yoshie berada ialah penjara Sapporo tapi kali ni dia mendapat hukuman sampai mati. Yoshie taknak jalani hukuman tersebut jadi dia gunakan mangkuk sup miso untuk mengorek lantai penjara.

Tahun 1947, Yoshie melarikan diri lagi. Setahun kemudian, dia menyerahkan dirinya kepada polis selepas terharu akan pemberian rokok oleh seorang pegawai polis (masa tu rokok sangat mahal). Yoshie ditangkap lagi dan kali ini dia dibicarakan bagi meneliti kes membunuh petani.

Di akhir perbicaraan, Yoshie didapati bukan membunuh, sebaliknya mempertahankan diri dari serangan petani. Yoshie mendapat hukuman penjara 20 tahun di Tokyo. 14 tahun kemudian, Yoshie dibebaskan selepas berkelakuan baik dalam penjara Fuchu.

Yoshie menghabiskan saki-baki hidupnya di wilayah asal bersama anak perempuannya. Pada tahun 1979, Yoshie meninggal dunia akibat sakit jantung pada usia 71 tahun.

Beginilah kisah seorang banduan yang menggunakan sup miso sebagai ‘alat’ melarikan diri. Kalau tak kena tuduh merompak dan membunuh, mungkin tidak wujud banduan yang ‘genius’ melarikan diri hanya pakai sup.

BACa:“Aku penat kerja pagi petang siang malam nak baiki ekonomi keluarga, tak sangka isteri aku sanggup buat aku macam ni!”