“Suami kata nak sangat kahwin dengan aku sebab nakkan zuriat, tapi dia minta gugurkan kerana takut dengan isteri pertama”

Oleh NADIA HARON

Salam, saya tinggal di perak. Saya dah berkahwin 3 tahun, tapi belum ada zuriat dengan suami kedua tapi saya dah 2 kali mengandung,

anak pertama meninggal dalam perut semasa nak masuk 8 bulan.

Kisahnya bermula maasa awal dapat tahu saya mengandung suami minta saya ggrkan kerana takut dengan bini pertamanya

"Suami kata nak sangat kahwin dengan aku sebab nakkan zuriat, tapi dia minta gugurkan kerana takut dengan isteri pertama"

untuk pengetahuan min bini pertamanye mndvl tidak boleh mengandung,

sekarang saya mengandung anak ke2 baru nak masuk 2 bulan tp suami saya tidak peduli pasal kandungan saya juga, sekarang saya bleeding pun suami masih tidak peduli..

bagi saya suami tak nak anak sebenarnye tapi nak tunjuk keegoaanyer seolah mampu beristeri dua, sedangkan kehidupan saya cukup tersiksa, Saya umur 38 suami 59 tahun.

oh lupa nak bagitau tujuan suami nak sangat kawin dengan saya sebab nakkan zuriat katanyer nak anak yang boleh doakan dia bila diakhirat nanti. bila saya mengandung tak nak pun sebenarnye. suruh saya gvgvrkan kandungan.

Dalam tempoh 3 tahun saya berkahwin saya dapat tahu suami tak pernah sayang saya. Suami berkahwin atas dasar kesian dengan saya dan dia anggap saya ni cuma sebagai perempuan terhegeh2.

Selama berkahwin dia tak pernah adil. Salah ke kalau saya anggap suami hanya buat saya tempat pemuas n4fsu dia je? Sedih saya rasa min. Saya ni pandai menguji suami saya min. Saya boleh tahu semua perasaan sebenarnya.

Lepas saya tahu dia tak pernah sayang saya, saya sabar lagi min, saya tetap nak terus kan perkahwinan ni sebab saya fikirkan anak2 macam mana nanti..

mula dari awal kenai saya dah tolak dia tapi pujuk rayu dia pada keluarga saya sehinggakan menangis didepan keluarga terus kesian jadi saya terpaksa angkuh ikut kehendak kuarga saya dalam masa yang sama saya fikirkan anak2 yang saya sayang sangat2.

saya tak mampu tengok anak saya hidup tidak macam kawan2 sebaya mereka yang ada kasih sayang bapa.

saya perkhawinan dengan orang yang berumur ingat pemikiran matang rupanya tak. Masahnya sekarang ni dia nak ceraikan saya sebab dah sayang pada isteri pertamanya, automatik saya ni kena buang macam tu je min.

Nampak sangat yang saya ni tak berharga langsung pada dia. Saya dah rasa putus asa tapi saya sayangkan dia. Tolong saya macam mana nak buat dia sayang saya dan anak2.

Saya jadi tak semangat nak teruskan perkahwinan ni lagi. Tapi saya taknak bercerai.

BACA: Lama menyepi dalam dunia lakonan, rupanya ‘Tajul Dunia Baru’ pramugara MAS