Aku namakan suami aku ni Badigol. Muka Badigol ni memang nampak baik sangat, kalau korang tengok muka dia, takkan percaya dia kaki perempuan.
Sebab muka dia tak berapa nak siap tapi mulut manis. Sampai lah satu hari, abang aku sendiri nampak dia pergi ke rumah janda anak.
Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Aku perkenalkan diri aku Melur.
Mempunyai dua anak yang masih kecil dan baru sahaja bercerai dengan bekas suami aku yang aku namakan Badigol.
Aku ceritakan sedikit awal perkenalan aku dengan Badigol. Sewaktu aku berkahwin dengan dia dulu, dia merupakan duda anak dua (dia mendapat hak penjagaan anak-anaknya) dan aku seorang anak d4ra pada waktu tu.
Aku terima dia seadanya dan mak ayah aku sangat baik menerima dia dan anak-anaknya. Namun, ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan ribut taufan petir melanda. Aku ditipu dengan mengatakan punca penceraian perkahwinan kali pertama dia kerana isteri yang lari dari rumah.
Bukan aku tidak usaha untuk menyelidik termasuk menyemak no kad pengenalannya dalam laman web syariah, namun tidak terpapar sebarang kes jen4yah syariah yang dilakukannya. Aku juga pernah cuba bertanya kepada ibu bapanya serta adik beradiknya namun semua dari mereka menyorokkan perkara sebenar.
Sampailah setelah berkahwin baru aku tahu dia bercerai dengan isteri pertama kerana dia kahwin di Thailand dengan seorang perempuan Indonesia. Bekas isterinya keluar dari rumah kerana kecewa dengan perbuatannya.
H4ncur luluh hati aku mengetahuinya. Aku mula rasa tidak percaya dan sering kali merasa str3ss memikirkan aku ditipu seperti itu. Namun, aku cuba pujuk hati aku kerana pada waktu tersebut aku sudah mengandung.
Jadi selama ini Badigol telah menipu aku dan dia mendapat hak penjagaan anak-anaknya kerana dia melaporkan kepada mahkamah bahawa isterinya nusyuz. Kasihan pada isteri pertama, dia kurang arif mengenai selok belok hal undang-undang syariah.
Aku sentiasa mengingatkan Badigol bahawa jangan diulang kesilapan lama. Cukuplah aku sampai akhir hayatnya. Tambahan pula sudah melahirkan anak pertama aku. Aku menjaga anak-anak tiri dan juga anak aku. Sampai satu hari, aku mendapat peluang kerjaya di ibu kota.
Ibu bapa aku menasihatkan aku agar menerima tawaran tersebut untuk memastikan masa depan aku terjamin. Tambahan lagi, kerja tersebut merupakan impian aku sejak kecil. Akhirnya aku memutuskan untuk pergi bekerja di ibu kota.
Badigol bersama anak-anaknya berada di Selatan Tanah Air. Aku bawa sekali anak aku tinggal bersama. Aku menawarkan Badigol untuk membawa anak-anaknya namun Badigol menolak dengan alasan tidak mahu mereka jauh dengan ibu kandungnya.
Setiap kali cuti, aku balik ke Selatan Tanah Air bersama anak aku yang masih bayi. Sampai satu masa aku disahkan mengandung anak yang kedua. Semuanya baik-baik saja sampai lah satu hari aku merasakan sesuatu yang lain dengan Badigol.
Aku pulang ke rumah kelaminku, aku jumpa seluar dalam perempuan dan Badigol katakan bahawa ia kepunyaan ibunya yang datang kemas rumah. Walaupun aku tidak percaya, tapi Badigol ni pandai dan licik. Untuk elak aku bertanya lebih lanjut, dia akan naik angin dulu.
Sampailah aku pun malas nak g4duh. Oh ya, Badigol panas baran orangnya. Dia suka marah-marah dan sangat perahsia. Muka Badigol ni memang nampak baik sangat, kalau korang tengok muka dia tak percaya dia kaki perempuan.
Sebab muka dia tak berapa nak siap tapi mulut manis. Sampai lah satu hari, abang aku sendiri nampak dia pergi ke rumah janda anak 3. Rupanya Badigol dah kahwin lain dengan janda anak 3 yang jauh lebih tua dari dia.
Badigol ni baru umur 30- an tapi dah 4 kali kahwin cerai. Aku memang kecewa sangat bila aku tahu dia tipu aku juga yang terima dia dengan anak-anak dia. Aku rasa tak dihargai sangat. Jahatnya dia menipu aku hidup-hidup.
Aku semak dalam laman web Syariah dan ada satu file yang aku rujuk pada pejabat agama mengatakan dia telah mendaftar pernikahan di bawah ITHBAT PERNIKAHAN. Ini bermaksud dia mendaftar perkahwinan bawah kali pertama dan bukan poligami.
Badigol tidak mendaftarkan perkahwinan tersebut di bawah ITHBAT POLIGAMI. Bermaksud dia telah menipu mahkamah berserta pejabat agama berkenaan perkahwinannya. Setelah aku siasat, rupanya dia menggunakan khidmat ULAT dalam Pejabat Agama negeri untuk mendaftarkan perkahwinannya secara salah di sisi undang-undang.
H1nanya kau Badigol kerana pengecut tidak jujur dalam hidup kau. Aku pelik macam mana, pejabat agama yang sepatunya menjadi institusi yang telus dalam undang-undang Islam, namun menjadi pusat kepada penipuan-penipuan yang kotor.
Setelah aku siasat rupanya ada pegawai yang telah membantu Badigol untuk mendaftarkan perkahwinannya dengan cara yang paling Mun4fik. Kes Badigol ni terlepas sampai dia tak melalui pun bahagian penguatkuasa Pejabat Agama negeri.
Berapa banyak entah dia bayar pegawai tu untuk dapatkan perlepasan. Ingatlah hidup korang yang bersubahat dalam penipuan ni akan mendapat baIasan dari Allah. Mereka ni tak tahu ke kesan perbuatan mereka inilah yang menyebabkan nasab menjadi caca merba sampai ada adik beradik yang terkahwin sesama sendiri.
Di mana letaknya KETELUSAN kalian wahai PEJABAT AGAMA? Badigol mengatakan bahawa dia telah bernikah dengan janda tu di Thailand, tetapi tiada bukti dia masuk ke Thailand. Tiada cop di dalam pasportnya. Jadi berkemungkinan besar, Badigol bukan hanya mendaftar perkahwinan secara salah namun dia telah menipu dokumen untuk mendaftakan pernikahan yang dibina atas air mata orang lain.
Aku dah melaporkan pada bahagian penguatkuasa. Namun, aku dapat tahu, ade juga orang-orang dia dalam bahagia penguatkuasa yang sentiasa melaporkan tindak tanduk aku pada Badigol. Aku harap sangat Badigol dan perempuan tu mendapat tindakan dan hukvman atas penipuan-penipuan mereka.
Perempuan tu tengah mengandung. Ya, aku tidak menyer4ng kau tetapi Tuhan akan membaIas perbuatan kau atas runtuuhnya rumah tangga aku. Sampai saat ini, tiada maaf untuk kalian yang telah mengh4ncurkan harapan aku dan anak-anak aku.
Aku doa, semoga kalian satu hari nanti merasa kekesalan atas perbuatan kalian pada aku. Banyak lagi yang ingin aku ceritakan, namun cukuplah sampai di sini. Aku mohon doa kalian untuk mendoakan aku dan anak-anak.
Wahai pejabat agama, dengarlah suara kami wanita yang seringkali dianiaaya dan ditipu seperti ini. Jujurlah kalian dalam melaksanakan tugas kalian di dunia ini. Kerana setiap apa yang kalian lakukan akan dipersoalkan kelak di akhir4t nanti. – Melur (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Layla Hassan : Rasanya isteri baru tu ditipu jugak. Puan kerja di tempat lain, mungkin dia cakap isteri lari. Jadi janda tu termakan pujuk rayu badigol. Bersyukurlah Puan dapat tangkap sebelum jumlah anak bertambah.
Bersyukur jodoh puan dengan dia setakat itu. Banyak hikmahnya. Puan ada kerjaya, lepaskan saja laki durjaana. Jangan sedih rumahtangga runtuuh, sebaliknya bersyukur sebab puan terlepas dari beban. Biar badigol kahwin cerai hingga ke tua. Esok dah tua dia masih lagi bergelumang dengan anak kecil.
Nora Osman : Ya Allah.. memaIukan pejabat agama dan Islam sendiri. Dengan membawa martabat Agama Islam kau h4ncurkan rumahtangga. Membuat lebih ramai wanita teraniaaya, tak langsung meramaikan anak-anak menghadapi br0ken family, menggalakkan lebih ramai lelaki / suami hidung belang.. Astaghfirullaahal’aziim.. apalah nak jadi.
Siti Hazwani : Masalah daftar nikah ni ikut negeri. So negeri A mungkin takde database negeri B. Bila entah nak diselaraskan, kata je negara islam. Majoriti orang Islam. Tu pun takleh urus. Lantikan menteri agama pun lantikan politik. Fungsi setakat baca doa je la kot, Haih..
Lepas ni, yang ada anak-anak perempuan tolong hantar mengaji agama, biar ramai ustazah-ustazah yang memimpin. Selagi duk kat lelaki, memang takde siapa la nak pejuangkan nasib isteri-isteri dan ibu-ibu yang dizaIimi. Diorang pikir z4kar je..
BACA: Pemuda ini suap makanan pada burung gagak undang persoalan netizen, ‘boleh bela ya burung gagak?’