Nikmat melihat Kaabah di depan mata merupakan nikmat terbesar bagi setiap muslim kerana
Bukan semua berpeluang melihat Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat islam seluruh dunia itu.
Pun begitu, kisah atau kejadian tidak dapat melihat Kaabah sering diceritakan kepada kita untuk dijadikan iktibar dan tauladan atas ujian yang diberikan Allah S.W.T.
Selain itu, ada juga yang mengaitkan bahawa ketika di Mekah, Allah S.W.T akan membalas amalan seseorang itu secara ‘tunai’ dan ini menyebabkan ramai yang takut dan gentar untuk ke tanah suci baik untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah.
Dalam masa yang sama, niat seseorang itu juga akan mempengaruhi ibadah serta kejadian yang akan berlaku pada seseorang disana.
Kisah Tidak Dapat Melihat Kaabah
Baru-baru ini, jemaah yang sedang berada di tanah suci Mekah dikejutkan dengan suara seorang wanita yang meraung ketakutan kerana dikatakan bahawa dia tidak dapat melihat Kaabah.
Menurut apa yang diceritakan, dia didakwa mengamalkan beberapa ilmu yang tak sepatutnya diamalkan.
Artikel berkaitan : “Jadi satu trend pegi umrah” – Ustaz Hampa Ramai Pergi Umrah, Tapi Masjid Di Kampung ‘Sunyi’
Artikel berkaitan : [VIDEO] Kota Mekah Dilanda Ribut, Viral Detik Menara Jam Disambar Kilat Dirakam Netizen
Selain dari itu, ramai juga yang turut berkongsikan kejadian itu adalah benar dan pernah melihat orang terdekat dengan mereka yang mengalami perkara yang sama.
Dikatakan ada seorang lelaki yang pergi ke Mekah tidak dapat melihat Kaabah dan apabila ditanya oleh mutawif, dia mengakui dengan penuh penyesalan bahawa dia telah menggunakan harta anak yatim untuk ke tanah suci itu.
Menurut sebuah lagi kisah yang terjadi kepada jemaah dari Malaysia, seorang wanita berumur pergi menunaikan umrah bersama rakannya, namun rakannya memperlekehkan perjalanan ke Mekah itu sama seperti ke Singapura sahaja.
Malang sekali, setibanya di tanah suci, wanita tersebut dikatakan tidak dapat melihat Kaabah gara-gara ayat yang dilemparkan sebelum berangkat ke tanah suci tersebut.
Sekiranya seseorang itu tidak dapat melihat Kaabah, ada pendapat yang mengatakan bahawa mereka sedang mendapat ujian dan Allah S.W.T ingin meningkatkan keimanannya.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang tidak dapat melihat kaabah, pastinya dia akan meminta ampun, melakukan solat taubat berkali-kali dan menyesali atas apa yang dia telah lakukan sebelum ini dan tidak akan kembali melakukan kemungkaran tersebut lagi.