Sebabkan ‘perangai’ ini jadi punca kenapa bengkel motor orang melayu susah nak buat duit macam bangsa lain

Oleh NADIA HARON

Perusahaan bengkel motosikal adalah salah satu perniagaan yang mampu mendatangkan keuntungan kepada peniaga.

Namun, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa bengkel motor yang dimonopoli oleh bangsa melayu ini tidak menjadi kaya seperti bangsa lain.

Perkongsian oleh seorang individu Naz Modenas melalui laman Facebook miliknya ini menjadi tular dan mendapat perhatian warga net.

Sebabkan 'perangai' ini jadi punca kenapa bengkel motor orang melayu susah nak buat duit macam bangsa lain

Tetapi, ianya perlu dibaca dan dilihat dari sisi sebaliknya untuk anda mendapat jawapan yang sebenar.

Kenapa bengkel motor orang melayu tak kaya?

Hari tu aku ada terbaca satu status “kenapa bengkel motor orang melayu tak kaya macam bengkel bangsa-bangsa yang lain”..

Dan apa yang dinyatakan dalam penulisan tu memang betul.. Aku pergi ke bengkel motor besar..
Aku baru cerita masalah brek aku, belum apa-apa lagi dia dah jawab.. Ini barang sudah rosak, kena tukar baru.. Fuh hebat.. Dia tengok pon tak..

Memang ilmu d luar jangkaan ni.. Terpaksa postpone nak repair sebab duit memang tak cukup masa tu.. Saja menyinggah di bengkel kawan.. Bengkel yang kecik dan kalau tengok dari luar, memang tak gah di mata orang ramai.. Aku cerita la motor ni ada problem itu ini.. Terus die cangkung nak tengok..

Lepas tu bermacam spanar dia ambik.. Aku dah pisang.. Terfikir dalam otak.. Boleh ke dia buat? Aku tengah tak ada duit ni.. Nampak gaya masuk hutang dulu la.. Member-member kan.. Bersusah payah aku tengok dia dok tekan brek tu.. Kejap bukak kejap pasang.. Macam-macam di modified nya..

Sampai la akhirnya berjaya.. Brek dah ok balik.. Bukan takat tu je.. Dia siap bagi penerangan lagi kenapa boleh rosak..

Benda tu pressure tak kuat la, sumbat la bla bla bla bla.. Banyak sebab.. Paling tak boleh blah sebab lama tak tekan brek belakang..

Silap aku gak selama 4 tahun aku guna moto ni memang tak pernah aku tekan pon..

Tiba saat aku tanya berapa harga total stelah berejam berhempas pulas.. Habis sebotol minyak dot 4.. Habis keluar peluh kat badan.. Habis masa yang digunakan..
Dia cuma minta RM35 je

Habis barang yang di modified dan diganti.. Dia cuma mintak RM35 je.. Allahu.. Dia siap suruh anaknya belikan aku air milo ais dengan nasi lemak masa menunggu.. Padahal kedai yang sebelum ni mintak ratusan ringgit.. Nak rasa di jamu air? Selagi kos tak capai beribu, memang idok lerrr..

Terasa hinanya aku sebagai seorang “MEMBER” bila timbul rasa tak yakin dan nak berhutang dalam bisnes.. Sedangkan aku pon seorang bisnesman.
.
Boleh dikatakan setiap hari aku dengar perkataan “ni la melayu, harga yahudi, nak pergi haji balik hari, servis out” dan macam-macam la.. Diherdik, diperli, dihina.. Ada saja yang tak kena.. Ada saja yang salah..

Sebelum balik aku tanya dia ok ke RM35? Dia jawab, tanya lagi sekali jadi RM350.. Haru betul.. Aku rasa macam tak puas hati..

Sudahnya dia jawab, “berkat tu lagi penting dari duit naz.. Tapi takda la aku cakap duit tu tak penting, sebab tu aku caj rm35, cover makan minum ko.. wahahaha”

BACA: Akibat makan harta anak yatim, wanita umur separuh abad meraung tak nampak kaabah