Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar atau pekan sekalipun, memang mudah untuk mendapatkan sebarang kemudahan seperti mesin ATM.
Namun begitu, bagi tahun 2023 ni, pastinya banyak juga kawasan di ceruk-ceruk kampung
Yang ada kemudahan ATM ini yang menjadi keperluan asas semua.
Mungkin ianya satu perkara baharu buat seorang pengguna TikTok ini apabila dia menemui satu kawasan mesin ATM yang bagi admin sendiri ia kelihatan agak unik.
Wanita ini pergi ke kawasan ATM tersebut pada waktu malam dan dapat dillihat di sekelilingnya semua gelap gelita.
@adelrichboyz Gaiss are u sure??? #pelik #peliktapibenar #apakah #viral ♬ bunyi asal – AdelRichBoyz
Tiba-tiba ada satu bangunan berbentuk ‘rumah papan’ yang tertera CIMB Bank, di mana ada beberapa orang di situ dilihat sedang beratur untuk mengeluarkan wang.
Dia ke tempat yang sama pada waktu siang dan mendapati rupanya ada kawasan kubur berhampiran kawasan bank tersebut.
Biarpun lokasi tidak dapat dikenal pasti, namun ketika menjengah ke ruangan komen, ada yang mengatakan ianya di kawasan Bukit Besi daerah Dungun, Terengganu.
Ada juga netizen mengatakan bahawa kawasan tersebut tidaklah segerun mana seperti yang didakwa, malah ada sahaja kawasan perumahan di kawasan ATM tersebut.