‘Akhirnya..’, Wanita ini beranikan diri pulang kampung selepas 7 tahun rahsiakan keislaman

Oleh ISMAIL YAHYA

Tatkala mendengar perjalanan hidup seseorang yang baru memeluk agama Islam, kita juga akan ikut terharu dan terjentik rasa sebak dalam diri.

Golongan muallaf ini digambarkan sebagai kain putih yang masih suci.

Namun hakikatnya, proses itu tidaklah semudah yang disangka.

'Akhirnya..', Wanita ini beranikan diri pulang kampung selepas 7 tahun rahsiakan keislaman

Masuk Islam pada September 2017…Rahsiakan daripada pengetahuan keluarga

Persis kisah seorang wanita ini, dia sempat merahsiakan statusnya yang sudah memeluk agama Islam selama 7 tahun berturut-turut.

@clarashintarealaku sekarang bahagia banget , mak pak 🤍

♬ suara asli – Clara Shinta

Difahamkan, Clara Shinta telah melafazkan 2 kalimah syahadah pada 10 September 2017 lalu dan selepas itu tidak pernah bertemu lagi dengan keluarganya.

Lega akhirnya boleh jujur tanpa perlu menutupinya lagi…I am ‘officially’

Sampailah pada Mei 2023, ibu bapanya baru mengetahui tentang status tersebut selepas Clara pergi menunaikan umrah seorang diri.

Awalnya, sudah pasti terbit sedikit rasa kecewa dalam diri mereka setelah mendapati anak sendiri bertukar menganut agama lain.

Namun bagi Clara, perbezaan agama tidak pernah memadamkan rasa kasih sayang buat kedua orang tuanya.

Mak, pak…Aku sekarang bahagia sangat

Pun begitu, kepulangan Clara baru-baru ini menjadi bukti bahawa mereka sudah menyambut baik keputusan tersebut.

Menerusi TikTok, wanita berkenaan berkongsikan detik-detik hiba saat dia muncul di hadapan rumah ibu bapanya sebelum memberikan pelukan hangat.

Ikatan keluarga ini sungguh akrab dan segala sengketa lama seakan-akan sudah terpadam

BACA: Niat asal scammer tersasar dari matlamat bila berborak dengan kanak-kanak buat netizen terhibur