“Aku nekad ceraikan isteri hanya kerana aku jatuh hati pada isteri orang, disinilah bermula segalanya”

Oleh NADIA HARON

Aku sanggup ceraikan isteri aku sebab jatuh hati pada isteri orang. Salam min.

Terima kasih siarkan luahan ni tanpa dedahkan profile aku.

Aku kenal Kak Nita masa kenduri kahwin adik kawan baik aku kak Nita ni sweet sweet lembut ja orangnya.

"Aku nekad ceraikan isteri hanya kerana aku jatuh hati pada isteri orang, disinilah bermula segalanya"

Dipendekkan cerita satu hari aku terjumpa FB kak Nita terus Aku add dan bermulalah dari situ aku selalu chat dengan dia. Dr DM kitaorang ber tukar no telefon. Kak Nita ni easy going orangnya tapi perahsia sangat pasal kehidupan dia.

Dia just banyak bertanya pasal aku. Yang aku tahu, dia ada 4 orang anak dan suami dia Director sebuah company. If sebut nama company tu orang confirm tau lah.

Aku ni ada la bagi hint kat Kak Nita aku suka tengok dia. Tengok insta story dia, cara dia buat jurnal kehidupan dengan anak-anak dia. Kadang-kadang ada la jugak selit muka laki dia dalam tu.

Aku pelik, apsal bila aku bagi hint aku suka dia, dia mesti nak kenalkan aku kat kawan2 single dia. Aku bukan takde rupa.

Petik jari confirm dapatlah. Aku cakap if nak, aku boleh jer cari sendiri. Aku tak suka dia nak kenal-kenalkan aku kat siapa-siapa. Yang aku nak tu dia. Dia ni main jual mahal ke atau memang anggap aku ni kawan ja? If anggap aku kawan, apsal ada time dia panggil aku sayang?

Rumah Kak Nita ni tak jauh dr tempat aku kerja. Aku selalu ajak dia jumpa dia selalu tanya aku balik apa keperluannya nak jumpa orang tua macam dia. Ni aku tau dia acah2 rendah diri..

Sebab mula2 aku tengok dia aku tak tau pun dia mak orang. Ala2 macam nelydia senrose. Geram ja aku tgk. Pernah beberapa kali aku nampak dia. Yelah orang cantik, memang senang nak cam.

Sekali aku jumpa dia dengan laki dia beli barang rumah. Bukan main manja dengan laki dia. Sakit lak hati aku. Padahal seminggu sebelum tu aku pernah nampak laki dia tepis tangan dia, sambil dia nangis2 dekat parking sunway piramid.

Nangis pun comel tau. Masalahnya aku ni suami org. Aku takde hati da dengan isteri aku ni. Aku sanggup tinggalkan isteri aku demi kak Nita.

Minggu lepas aku bagitau Kak Nita macam tu, Kak Nita marah cakap aku ni tak hargai isteri aku. Dia tak rasa bersalah ke, kalau dia tak layan aku, aku takde la jadi kemaruk sangat macam ni.

Ni aku baru kantoi dengan isteri aku banyak save gambar Kak Nita dalam hp aku. Kak Nita pulak dah macam nak menjauh dari aku. Aku dah hilang punca dah ni.

Kak Nita, u bergantong sangat ngan duit laki U ke? I tak nampak pun keserasian korang. BTW I tau Kak Nita ada like page KRT ni. I baru perasan sebelum ni U dah pernah kawin. I sanggup tunggu utk jadi your 3rd. Cinta tak kenal usia kak

BACA: “Patutlah emak selalu pesan bila dia dah tiada nanti jangan la tak balik kampung, rupanya ini sebabnya”