‘Nyottt..Nyottt..”, Rupanya ini pemilik suara kartun Pingu

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Animasu Pingu merupakan salah satu animasi yang sangat popular di serata dunia.

Semua kanak-kanak yang membesar pada era 90-an dan awal 2000-an pasti pernah menonton kartun bertemakan kehidupan di kawasan kutub ini.

Selain watak-wataknya yang comel dan rumah igloo, banyak misteri yang ada dalam kartun ini belum terungkai sehingga ke saat ini.

'Nyottt..Nyottt..", Rupanya ini pemilik suara kartun Pingu

Antaranya, ibu Pingu dilihat kerap membasuh dan menyidai pakaian tetapi tiada sesiapa dalam rumah tersebut dilihat memakai pakaian.

Dalam pada itu, dialog yang dilontarkan oleh setiap watak dalam kartun ini boleh dianggap sebagai perkara yang paling mencuri tumpuan semua penonton.

Dialog “nyoot…nyoot” dan banyak lagi perkataan-perkataan janggal yang pasti membuatkan kening penonton berkerut sedikit ketika menonton kartun tersebut.

Bahasa dan perkataan dituturkan oleh keluarga penguin ini yang mungkin hanya dapat difahami oleh ‘warga -warga penguin’ sahaja.

@frankieefusion The Voice of Pingu 🍿🎬 #pingu #voiceactor #series #cartoon #television #stopmotion #fypシ #fy ♬ original sound – Fʀᴀɴᴋɪᴇ ♡︎

Sekurang-kurangnya, iatulah yang kita semua mungkin fikirkan ketika kecil dahulu, kan?

Walaupun sulit untuk difahami, namun mesej kartun itu dapat diterangkan dengan jelas melalui gerak-geri watak dalam siri terbabit.

Baru-baru ini, tular di TikTok, berkenaan lelaki yang menjadi penyumbang suara kepada watak-watak dalam animasi ini.

Lelaki berkenaan, Carlo Bonomi turut memperagakan sedikit aksi suara watak-watak dalam animasi Pingu tersebut.

Difahamkan, Bonomi meminjamkan suaranya kepada semua watak animasi Pingu bermula dari tahun 1990 sehingga 2000.

Namun begitu, beliau telah meninggal dunia ketika berusia 85 tahun, iaitu pada 6 Ogos 2022. Menurut NDTV, punca kematian Bonomi tidak didedahkan kepada khalayak.

‘Bahasa Penguin’ dicipta khas untuk rancangan Pingu
Selepas pemergian mendiang, animasi ini diteruskan dengan beberapa pelakon suara yang lain dipilih bagi menjadi pengganti.

Menariknya, watak-watak Pingu menuturkan satu bahasa khas yang sebenarnya dicipta sendiri oleh Bonomi.

Menurut Evening Standard, Bonomi telah mencipta Bahasa Penguin dalam rancangan tersebut berdasarkan Bahasa Itali dialek Milan.

Beliau telah mengambil inspirasi daripada hasil kerjanya dalam satu siri animasi Itali yang berjudul, La Linea.

Untuk makluman, Pingu telah dihasilkan oleh Otmar Gutmanndan Erika Brueggeman. Rancangan kanak-kanak itu berkisarkan kisah seekor penguin yang nakal bersama keluarganya menetap di kawasan beriklim sejuk.

Bakat suara yang dimiliki Bonomi turut menyaksikan mendiang mendapat pelbagai pengiktirafan termasuk di peringkat global.

Selain Pingu, pelakon suara tersebut turut pernah meminjamkan suara kepada watak-watak kartun popular bagi versi bahasa Itali seperti Mickey Mouse dan Fred Flinstone.

BACA: “Jaga anak isteri, masak isteri, isteri juga kena kerja, balik rumah kelam kabut nak jaga ‘raja’, sekali ini suami buat belakang aku”