Suami seharusnya memahami bahawa tanggungjawab dalam keluarga adalah besar dan berat dan akan dihisab di akhirat kelak.
Maka tidak mudah untuk menjadi seorang suami serta ayah jika banyak ‘kekurangan’ yang tidak mahu dicukupkan dan akan menjurus kepada penganiayaan.
Wanita ini berkongsi kisah dirinya yang diabaikan oleh sang suami lalu perlu menguruskan hal rumahtangga seorang diri manakala suaminya bermain kasih di belakang.
Assalamualaikum semua.. saya terasa hendak menulis tentang kisah saya bila terbaca banyak luahan dari para isteri yang lebih kurang sama. Saya juga isteri yang merasa bahagia kerana sudah cukup segalanya walaupun serba sederhana.. walaupun sebenarnya ditipu hidup -hidup.
Pelikkan, kenapa ramai lelaki yang bila dah menjadi suami sanggup lukakan hati isteri yang dulunya menjadi cinta hati mereka. Saya pun berkahwin atas dasar cinta walaupun pada mulanya perkahwinan kami tak direstui oleh kakak suami.. kenapa saya ceritakan di sini akan ada kisah di sebaliknya.
Macam-macam perkataan kurang enak yang kakak suami kata pada saya waktu itu.. kesan dari itu saya jadi kurang rapat dengan keluarga suami walaupun emak mentua saya baik sebenarnya. Semua berjalan dengan baik, sampailah suami ditukarkan ke negeri X.
Saya pula terp4ksa membatalkan pertukaran saya kerana penempatan yang saya dapat sangat pendalaman dan jauh dari tempat kerja suami. Setelah berbincang kami pjj sahaja kerana susah untuk uruskan anak-anak. Semua baik-baik sahaja.. walaupun ada 2 kali suami tertangkap berwhatsapp dengan perempuan lain. Suami berjanji tak akan buat lagi dan saya maafkan.. Itulah silap paling besar yang pernah saya buat.
Sehinggalah bila negara dilanda wabak suami dah tak boleh kerap balik macam selalu. Saya faham dan menguruskan anak macam biasa. Tapi suami sudah mula jarang berhubung dengan kami.. bila anak call pun dia tak akan angkat. Saya masih bersangka baik, alasan sibuk berkursus.
Sampai kemuncak saya tag anak menangis tersedu-sedu kerana rindukan papa tapi suami terus untag tak nak ada dia wall fb. Alasan dia tak berminat nak ber fb bagai, padahal masa tu dia dah friend dengan perempuan tu, setiap update dari perempuan tu akan dia beri emoji love.
Saya terus bodoh dan percaya.. saya sent suami doa-doa yang boleh menhilangkan str3ss berkursus. Suami mula langsung tak ambik tahu hal kami. Pandai – pandailah saya uruskan anak. Masa hari lahir anak pun dah tak ada ucapan.
Masa ni saya setiap malam menangis dan mula mendesak suami kenapa dia melayan kami seolah-olah sudah tak perlukan kami dalam hidup dia. Suami kata dia akan jelaskan apabila dia balik ke rumah kami. Suami balik dan bagitau dia nak berkahwin dengan perempuan negeri X kerana dia sangat lemah lembut, baik hati, bujang dan berkerjaya.
Setelah berbulan tak berjumpa kami itu hadiah dia untuk kami. Banyak la adegan protes saya tapi suami kata dia nekad dan dia yang nak perempuan walaupun apa cara pun. Saya menangis sepanjang malam, saya cuba untuk pujuk dan memeluk suami tapi di tepis.
4 hari suami balik ke rumah kami, semua aib saya dia ceritakan pada orang lain. Dia seronok bagitahu yang dia nak berkahwin lagi. Aib saya dijaja tanpa saya boleh membela diri. Saya dik4takan tak rapat dengan keluarga sebelah suami, saya jahat memberontak.
Padahal demi Allah suami tak pernah menegur untuk mengajar saya. Suami sedia maklum akan kata hinaan kakak dia kepada saya dulu. Kisah tentang suami diketahui oleh ketua jabatan. Suami masih menceritakan aib saya.. saya berhubung dengan perempuan tu.
Kisah di sebelah perempuan tu pula dia kata sebenarnya dia dah ada boyfriend dia tak pernah kata nak berkahwin dengan suami pun tapi saya langsung tak percaya. Dia kata sayang tu tak semestinya cinta.. emm.. saya diperbodohkan sangat.
Sekarang suami marahkan saya kerana saya dia tak jadi berkahwin dengan perempuan tu, katanya disebabkan saya, semua orang di tempat kerja tau masalah kami. Dia tuduh saya marahkan perempuan tu sebab tu dia tarik diri.
Suami tetap tak boleh terima perempuan tu sebenarnya dah ada lelaki lain. Saya yang selalu dibodohkan pun boleh berfikir kalau perempuan tu serius setakat kena marah dia akan teruskan rancangan mereka. Suami buat saya seolah tak wujud, bercakap bila hendak meminta tolong. Tiada pangilan nama cuma hey hey…
Kenapa saya perlu bertahan dengan rumah tangga saya, saya tawar hati yang amat sangat. Tapi saya pula disalahkan, dia kata dia dah tak ada hati untuk saya.. tapi masih lagi tak melafazkan talak. Saya tunggu tu. Curang itu yang dia pilih.. tapi aib saya yang di jaja.
Kalau ikut hati amarah hendak saya viralkan satu-satu apa yang dia buat. Tapi orang di sekeliling kata tak perlu untuk jadi seperti suami. Allah ada, nanti satu, satu Allah tunjukkan kebenaran. Saya sekarang hidup seperti biasa masih menunggu diceraikan.
Tiada yang berubah kerana sudah 6 tahun saya seorang yang uruskan semuanya, termasuklah bab anak dan kewangan. Masih lagi berdoa.. jika dia yang terbaik untuk aku, engkau bagi lah jalan untuk kami dan jika tidak engkau doronglah hati dia untuk tingalkan aku. Maaflah penulisan saya, agak berserabut sepertinya keadaan saya sekarang. – Isteri yang terani4ya (Bukan nama sebenar)