Siapa yang tidak mengenali pasangan “public figure” iaitu Aisyah Hijanah dan suaminya Alif Teega.
Mula dikenali ramai dengan kisah cinta yang dipupuk selepas berkahwin, mereka kini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khadijah dan Hassan.
Keluarga ini seringkali menjadi inspirasi kepada netizen terutamanya para pengikut mereka.
Wujud orang ketiga dalam rumah tangga
Seperti yang diketahui ramai, Aisyah Hijanah dan suaminya seringkali memuat naik rakaman serta gambar yang memaparkan kemesraan mereka sebagai suami isteri.
Meskipun demikian, tular baru-baru ini mengenai kisah rumah tangga pasangan itu yang dikatakan sedang dilanda masalah akibat kehadiran orang ketiga.
Lebih mengejutkan, individu yang cuba merosakkan hubungan mereka ialah dari kalangan pekerjanya sendiri.
Sanggup menipu demi mendapatkan simpati
@aisyahhijanah #bismillahimasyaAllah ♬ Rumah – Dalia Farhana
Melalui hantaran yang dikongsikan oleh Aisyah menerusi akaun Instagram miliknya, pekerja tersebut telah menipu mereka semata-mata untuk meraih simpati.
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata itu, pekerjanya memberitahu bahawa dia telah kehilangan kedua ibu bapa dan juga adik kandung.
Bukan itu sahaja, dia juga sanggup memalsukan dokumen pemergian ayah serta mengaku ibunya sebagai mak cik.
Lebih membimbangkan, wanita itu menyatakan bahawa suaminya telah memukul dia sehingga menyebabkan tangannya patah.
Terkantoi confess pada Alif.. Sudi jadi isteri kedua
Namun begitu, nasib tidak menyebelahi wanita tersebut. Penipuan itu terbongkar apabila Aisyah mula menyedari tindak-tanduk perkerjanya.
Setelah diselidik, ternyata tindakan yang dilakukan adalah untuk menarik perhatian dan simpati Alif semata-mata.
Lebih menyedihkan, Aisyah mendapat tahu bahawa orang ketiga tersebut telah meluahkan perasaan kepada Alif serta mengaku bahawa dia sanggup bermadu demi memiliki hidup seperti majikannya dengan bersuamikan lelaki yang menjadi idaman ramai.
“Alhamdulillah, Alif dan Aisyah makin baik”
Menyedari akan kemelut rumah tangganya yang semakin membimbangkan, Aisyah telah mengambil jalan untuk membawa suaminya berjumpa dengan beberapa ustaz sebagai ikhtiar untuk memulihkan keadaan.
Menurut Aisyah, hubungan mereka menjadi sedemikian akibat daripada hasad dengki yang timbul daripada pekerja tersebut.
Semoga sampai Jannah Aisyah dan Alif
@aisyahhijanah #bismillahimasyaAllah ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan
Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen terutama pengikut Aisyah dan Alif meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku pada rumah tangga mereka
. Kebanyakan daripada warganet turut berdoa serta memberi semangat agar Aisyah terus berjuang demi keharmonian rumah tangga mereka.
BACA: Selain gemar mengumpul kereta, ini hobi ‘pelik’ YDP Agong ke-17 ramai tak tahu