Sejak mengandung, isteri setiap hari minta makanan mewah. KFC, MCD, Subway, Texas Chicken, Western Food.
Sampailah suatu hari, dalam akaun aku tinggal RM 200. Aku minta pinjam dari isteri.
Dia perli sinis kata aku tak malu sambil baling duit RM100..
Assalamualaikum. Nama aku Hairiel atau orang panggil Riel.
Aku terpanggil menulis di sini setelah berpuluh kali aku menangis mendengar kisah si sahabat baik aku. Bukan senang air mata lelaki mengalir.
Sahabat aku bernama Fairuz. Dia sudah berumah tangga dan mempunyai 3 orang anak. Luaran rumah tangga mereka nampak bahagia sehinggalah suatu hari, Fairuz mengajak aku keluar minum selepas Maghrib, hari Jumaat, awal tahun ni.
Terlalu penting katanya. Lepas Maghrib, aku pun tunggu di satu kedai mamak di Nilai. 30 minit lepas tu, Fairuz sampai dan terus memeIuk aku dan menangis. “Aku tak dapat tahan lagi Riel. Aku terpaksa cari seseorang untuk luah masalah aku.” Teresak-esak Fairuz menangis. Sedih bunyinya. “Kalau ye pun, duduk dulu Fairuz, malu aku, ramai ni. Apa cerita?”
“Nah,” sambil Fairuz menghulurkan paparan skrin telefon terpamer nama isterinya, Faizah. Kau ceraikan aku. Kau dah tak sayangkan aku kan? Ada kau bagi kesenangan kat aku? Menyusahkan aku lagi, adalah! – Whatsapp isterinya, Faizah. Aku tergamam. “Pertama kali?”
“Tak. Berpuluh kali, aku dah putus asa..” Cerita terus dari mulut Fairuz. ‘Aku’ di sini ialah Fairuz. Aku berkahwin atas dasar suka sama suka. Aku ingat lagi, masa mula berkahwin semuanya indah. Isteri aku cantik, lemah lembut. Mengujakan. Gembira mendapat isteri solehah. Syukur Ya Allah.
Kegembiraan aku berganda apabila doktor mengumumkan isteri aku bunting pelamin. Aku bahagia, walaupun aku bukanlah kerja senang. Kerja di pejabat elektronik bergaji lebih kurang 3K. Campur sikit-sikit elaun adalh 3500 keseluruhan.
Masa ni, isteri aku masih taat, tapi dia agak berubah. Mengungkit nak itu ini. Aku layankan dan manjakan isteri aku. Sebab aku sayang dia. Tambahan pula, dia mengandung. Aku rasa aku patut memberikan yang terbaik untuk dia, dan bakal anak aku.
Maka, lahirlah zuriat sulung kami. Aku menatang bagai minyak yang penuh. Syukur. Keadaan berjalan seperti biasa. Isteri aku pun bekerja semula dengan gaji lebih kurang dengan aku, tetapi di syarikat lain. Selepas setahun, isteri aku hamil lagi.
Aku gembira walaupun letih kerana terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung keperluan keluarga. Aku rela. Aku buat macam-macam kerja. Balik petang, aku terus sambung buat kerja wiring orang-orang taman, wiring masjid dan tadika.
Alhamdulillah. Rezeki dimudahkan. Tetapi, semakin banyak dan melimpah rezeki aku, isteri aku jadi lain macam. Meminta pelbagai makanan mewah-mewah. KFC, MCD, Subway, Texas Chicken, Western Food dan sebagainya.
Sekali-sekala aku tak kisah, tapi ini boleh dikatakan hari-hari. Aku turut dan akur. Sampailah suatu hari, dalam akaun aku tinggal RM 200 berbaki untuk menghabiskan 10 hari bulan tu sebelum gaji seterusnya. Aku menangis keseorangan.
Aku berdoa kepada Allah untuk memudahkan setelah aku meminta pinjam dari isteri aku, disindir mentah-mentah. “Abang patut rasa malu untuk meminjam dengan saya. Gaji sama, tapi abang habis dulu. Tak berhemah!” sinis isteri aku pedih. Dia campak Rm100 atas meja. Aku rendahkan ego, capai duit tu. “Nanti abang bayar ye sayang.”
“Tak payah. Jangan nak berjanji sangat. Nanti termakan janji. Memanjang susahkan saya.” Aku terpaku. Tu pertama kali, aku dihina terang-terangan. Aku menangis sambil mencuci najis anak sulung aku. Masa ni, isteri balik kerja, dia dah tak peduli dengan anak sulung aku. Katanya letih bekerja dan tugas suami, bukan tugas isteri.
Aku sebak, tetapi aku cekalkan hati. “Mungkin pembawakan budak, mengandung kali kedua.” Selepas anak kedua aku dilahirkan, keadaan semakin parah. Isteri aku makin berani. Dia rasa nak marah aku, kutuk aku, maki aku sesuka hati.
Aku pun tak tahu perkataan apa selayaknya bagi aku. Dayuskah? Tetapi aku sayang isteri aku dan anak-anak. Aku kuatkan semangat, bersabar dengan segala karenahnya. Kadang-kadang isteri aku call siap mengarahkan.
“Abang, pinggan banyak dalam sink. Nanti kau basuh. Aku tak larat nak tidur. Jaga anak!” Itu alasan isteri aku saban hari. Jaga anak. Susukan anak. Walhal, semua tugasan tu aku pikul. Tugasan isteri aku cuma perah susu dan simpan dalam botol.
Lepas tu, pandai-pandailah aku menguruskan anak-anak jika mereka lapar. Dia tak peduli. Dia tidur dan main telefon pintar. Ada juga aku cuba nasihatkan. Tetapi disorongkannya video ustaz-ustaz terkenal di Malaysia. “Abang dengar ni!”
‘Tugas memasak, susukan anak, kerja rumah adalah tugasan suami.’ Aku terdiam. Aku sebak. Patah hati. Malam ni? Malam ni aku jumpa kau. Isteri aku semakin melampau, Hairiel. Dia tuduh aku ada perempuan lain. Siap tuduh aku tidur dengan perempuan tu.
Sumpah Hairiel. Aku tak pernah ada mana-mana perempuan. Aku sayang dia je. Tapi ini yang aku dapat Hairiel. Berkali aku pindah kerja demi dia. Demi mendapatkan gaji yang tinggi. Sebab katanya, gaji aku ciput dan tidak menjamin kesenangan hidup kami sekeluarga. Aku turutkan dia Hairiel. Aku dah tak tahan. Aku menangis sambil memeIuk Hairiel.
Itu kisah Fairuz. Aku simpati. Aku juga tak semena-mena turut mengalirkan air mata mendengar cerita sedih si Fairuz sambil membaca kata-kata kesat sang isterinya. Sedih. Aku tulis agar dapat meringankan bebanan kawan aku ni.
Supaya anda semua dapat mendoakan kebahagiaan kawan saya dan keluarganya. Lupa nak bagitahu. Isteri Fairuz luarannya seorang yang lemah lembut, bertudung labuh, persis perempuan melayu terakhir. Tapi anda semua kena ingat, “PARAS LUARAN TAK MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA.”. Moga ada sinar. Ikhlas… – Hairiel
Komen Warganet :
Azliza Jaffar : Ade something ni.. Perempuan takkan mudah berubah jika takde sesuatu yan menolaknye untuk berubah. Hanya Allah, dia dan isterinya sahaja yang tahu masalah sebenar. Dia (si suami) hanya bercerita dari sudut fikiran dan perasaannya sahaja sedangkan dari sudut fikiran dan perasaan isterinya kita tak tahu apa-apa.
Jadi tak adil untuk kita menilai dengan hanya mendengar cerita dari sebeIah pihak sahaja. Masalah ni hanya boleh selesai dengan kedua-duanya berbincang dari hati dan fikiran masing-masing dalam keadaan tenang dengan niat untuk kembalikan kebahagiaan dalam rumahtangga mereka.
Noor Lini : Lawak pula baca komen setengah tu. Kalau perempuan salah semua back up bukan main kena buatan la, suami ada buat salah punca isteri berubah, isteri ada pendam itu ini, bla bla bla. Cer kalau laki yang buat salah semua komen berjemaah kutuk abis.
Aku takde nak salahkan sesiapa hanya yang lalui yang faham memang dengar sebeIah pihak tak tentu juga betul. Apapun kalau suami tu cerita betul ni namanya perempuan yang tak reti bersyukur. Dah dapat suami baik hargai la. Apapun confessor ajak la isteri kembali kepada Allah, solat berjemaah. Solat taubat setiap malam, istighfar 100x sebelum tidur dan maafkan semua orang, ni tips dari Dato Hj Fadzilah Kamsah. Rahsia untuk bahagia.
BACA: Bos Mydin gesa kerajaan mansuhkan subsidi telur undang reaksi netizen