Pernahkah anda mengalami masalah kesihatan seperti sesak dada dan pening kepala sehingga perlu mendapatkan rawatan hospital?
Anda mungkin berkongsi pengalaman serupa dengan seorang wanita yang baru-baru ini berkongsi di laman sosial mengenai hampir sebulan lamanya serangan demam yang menimpanya
Pendedahan ini mengundang spekulasi bahawa penyebab masalah tersebut mungkin adalah terkait dengan gangguan makhluk halus.
Seorang pelayar di platform tersebut, flwrsX, memberi pandangan yang bijak dengan mencadangkan kepada wanita tersebut untuk menukar cadar dan membersihkan kipas biliknya, mengesyaki kemungkinan terdapat kulat (mold) dalam bilik tersebut.
Selain itu, pelayar tersebut turut mengaitkan gejala yang dialami oleh wanita tersebut dengan sindrom bangunan sakit atau Sick Building Syndrome (SBS).
Sick Building Syndrome (SBS) merujuk kepada situasi di mana individu yang berada dalam sesuatu bangunan mengalami simptom dan ketidakselesaan tanpa sebab yang jelas..
Cuba lah check bila last tukar cadar, lap kipas dinding etc etc, ada mold ke dalam bilik. Lepas tu demam tu memang check suhu ke atau rasa demam sakit joint pain gitu. https://t.co/PIEOyswVm6
— bunga (@flwrsxB) November 6, 2023
Simptom yang mungkin berlaku termasuk sakit kepala, sesak nafas, sakit tekak, bersin, kesukaran untuk menumpukan perhatian, dan mata yang pedih. Kesemua ini biasanya akan berkurangan atau pulih setelah individu meninggalkan bangunan tersebut.
Menurut Public Health Malaysia, terdapat 10 faktor yang boleh menyumbang kepada SBS:
Walau bagaimanapun, SBS hanya boleh disahkan jika sekurang-kurangnya 20 peratus daripada penghuni bangunan tersebut mengalami gejala tersebut dan melaporkannya sebagai tanda kualiti udara yang buruk.
Sebelum ini, kami telah berkongsi 5 petua untuk mengatasi masalah hidung tersumbat bagi mereka yang sering menghadapinya.
BACA: Mekanik ini dedah cara mudah cek tayar botak guna duit syiling je, ini caranya