Seminggu buat solat istikharah, gadis ini nekad minta putus sebab tak nampak kekasih dalam ‘mimpi’, sekali lain pula komen netizen

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Memang tak boleh dinafikan bahawa solat istikharah itu adalah antara satu usaha untuk mendapatkan petunjuk dalam membuat sebarang keputusan tentang kehidupan kita.

Walau bagaimanapun, itu bukanlah cara untuk kita ‘menilik nasib sendiri’.

Seminggu buat solat istikharah, gadis ini nekad minta putus sebab tak nampak kekasih dalam ‘mimpi’, sekali lain pula komen netizen

Seminggu buat solat istikharah, gadis ini nekad minta putus sebab tak nampak kekasih dalam ‘mimpi’, sekali lain pula komen netizen

Alkisahnya terjadi apabila ada seorang wanita tiba-tiba minta putus dengan kekasihnya kerana teman lelakinya itu tidak muncul dalam mimpi selepas melakukan solat tersebut.

Putus2

Ianya tular menerusi satu perkongsian dalam satu group Facebook.

Putus3

Putus3

Tak ada sebab tapi nak putus

Screenshot 2023 07 27 130332

Dalam satu perbualan menerusi Whatsapp, si lelaki dilihat merayu dengan teman wanitanya untuk tidak diputuskan hubungan. Ini disebabkan wanita itu dikatakan tidak melihat teman lelakinya muncul di dalam mimpi.

Screenshot 2023 07 27 130303

Bagaimanapun, lelaki tersebut cuba untuk meyakinkan teman wanitanya bahawa petunjuk yang dimahukan tidaklah semudah mana dan harus berusaha tetapi wanita tersebut tak nak dengar sebarang penjelasan.

Dilihat lelaki tersebut tidak putus asa dan merayu agar keputusan teman wanitanya itu dapat dipertimbangkan. Namun, wanita tersebut berkeras dengan keputusannya dan menjelaskan tidak ada sebab apabila ditanya oleh lelaki itu.

Putus 1

Perkongsian tersebut telah meraih sebanyak 256 jumlah perkongsian dan rata-rata netizen marah dengan sikap wanita tersebut dan meminta lelaki itu untuk tinggalkan sahaja wanita itu.

BACA: “Masa ayah koma, family ayah senyap-senyap tukar hak milik syarikat dan curi semua duit company, tula pertama kali aku tengok ibu jerit sambil menangis”