Seorang wanita Thailand ditahan oleh Pegawai Biro Siasatan Pusat (CIB) kerana mencuri sebuah teksi selepas pemandunya menolak tawaran untuk melakukan hubungan seks dengannya.
Pemandu teksi tersebut telah membuat aduan di Balai Polis Thayang, wilayah Phetchaburi setelah keretanya dicuri oleh wanita tersebut.
Wanita tersebut, bernama Jirat, berusia 38 tahun, mengupah teksi dengan bayaran sebanyak 3,000 baht (RM392)
Untuk membawanya dari Bangkok ke wilayah Phetchaburi pada 10 November lalu.
Ketika mereka tiba di sebuah hotel di wilayah Phetchaburi, Jirat menyatakan minatnya terhadap pemandu teksi dan mengajaknya untuk melakukan hubungan intim,
Tetapi tawarannya ditolak oleh pemandu teksi tersebut. Pada keesokan harinya, Jirat meminta pemandu teksi untuk menjemputnya semula.
Semasa perjalanan pulang ke Bangkok, pemandu tersebut berhenti di stesen minyak untuk ke tandas. Namun, ketika dia kembali, dia dapati keretanya telah hilang.
Pegawai dari Balai Polis Thayang, CIB, dan Polis Lebuh Raya bekerjasama untuk menemui teksi tersebut di Jalan Rama II.
Jirat telah ditahan dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. Wanita tersebut mengaku melakukan kecurian dan kini menghadapi pertuduhan melarikan harta curi.