Rupanya ini punca mesin basuh pusing perlahan, betulkan sendiri pun boleh, buat kat rumah je!

Oleh NADIA HARON

Setiap benda di muka bumi ini mempunyai tarikh luput, termasuk manusia yang mempunyai jangka hayat masing-masing.

Sekiranya kita menggunakan barang tersebut secara konsisten, ia akan mula menunjukkan tanda-tanda usang,

Dan ini membawa kepada keinginan untuk mendapatkan yang baru.

Rupanya ini punca mesin basuh pusing perlahan, betulkan sendiri pun boleh, buat kat rumah je!

Namun, apabila kerosakan itu masih boleh dibaiki, tidak semestinya kita perlu membeli yang baru, contohnya mesin basuh.

Apabila fungsi yang sedia ada tidak beroperasi dengan baik, langkah pertama adalah mencari punca masalahnya.

Dalam satu video yang dikongsi oleh seorang pakar dalam pembaikan mesin basuh dan peti sejuk, Hairul Vcool, beliau memberikan tips untuk mengenal pasti punca pengering mesin basuh yang tidak berputar dengan baik.

Dalam video tersebut, kelihatan pengering tidak berputar pada tahap maksimum, bergerak perlahan dan menyebabkan pakaian yang basah tidak dibasuh dengan sempurna.

Hairul menjelaskan bahawa punca masalah ini adalah disebabkan oleh gelung getah yang kendur di bahagian bawah mesin basuh.

“Dari pengalaman saya, pusingan yang perlahan berlaku kerana ‘belting’ yang kendur,” katanya dalam video berdurasi dua minit 50 saat.

Beliau menambah, biasanya masalah ini akan berlaku pada mesin basuh yang telah beroperasi selama dua hingga tiga tahun.

Ikuti cara di bawah ini untuk selesai masalah itu.

Cara-cara betulkan pengering yang perlahan:

Yang pertama sekali, mesin basuh tersebut perlu diletakkan pada posisi mengiring.

Kemudian, longgarkan skru yang berada di bahagian kiri dan kanan belting.

Setelah itu, laraskan semula getah itu dengan mengetatkan skru di bahagian tepi belting.

Jangan terlalu ketatkan getah tersebut untuk ketika melaraskannya.

Selepas itu, periksa kembali pada bahagian pengering.
Sekiranya putarannya semakin laju maka masalah yang dihadapi telah selesai.

Namun, jika gelang getah telah diketatkan dan pengering masih lagi berputar dengan perlahan, anda perlu menghubungi juruteknik kerana terdapat kemungkinan mesin basuh tersebut mempunyai masalah yang lain.

Selamat mencuba!

BACA: Pelajar Muslim ini serabut bila dapat pensyarah yahudi kerana perbezaan agama, sekali ini yang terjadi