Mak ayah angkat aku sangat baik. Selama 11 tahun aku rasa macam anak dorang. Sehinggalah satu hari mereka bergaduh, mak ungkit aku anak angkat.
Sejak dari tu mak murung, mak pandang aku penuh kebencian. Semua ni salah aku, aku akan bawa rasa bersalah ni sampai mati..
Assalamualaikum wbt pembaca semua. Terima kasih admin sudi siarkan apa yang aku hantar ni.
Aku cuma nak cerita kisah hidup aku. Tak pastilah bila korang baca korang rasa hidup aku ni macam mana. Sebab aku sendiri pon lelah dengan hidup aku sendiri.
Aku ni memang dari dalam perut lagi tak diiginkan dengan ibubapa aku. Ibu aku buang aku sejak aku dari dalam rahim lagi. Aku dapat tahu benda ni dari 2-3 sumber yang memang aku boleh percaya. Ibu aku katanya tertekan sebab bapa aku buat hal masa dia mengandungkan aku.
Dia tak mau aku, dia cuba bagi aku kat orang masa dalam kandungan hinggalah sampai kat 1 tempat ni. Dekat situ dia cuba gugurkan aku. Nasib ada hamba Allah sorang ni sudi nak bela aku dan tahan ibu dari gugurkan aku.
Bermulalah episod aku jadi anak angkat dalam keluarga tu. Ya Allah baik sangat mak ayah angkat aku. Selama 11 tahun aku rasa macam anak dorang. Aku tak tahu aku anak angkat sehinggalah mak ayah gaduh sebab orang ke-3.
Mak stress mungkin sampai mak ungkit yang aku bukan anak dia. Aku keliru sangat masa tu sama ada nak percaya ataupun tidak. Sampai masa aku taip ni pon kepala aku berpusing bila mengenangkan masa mak aku cakap aku bukan anak dia.
Rumah tangga mak ayah berantakkan sebab perempuan seberang yang bapa kandung aku sendiri kenalkan kat ayah aku. Aku sendiri tak tahu apa niat bapa aku buat macam tu kat keluarga yang dah kutip anak dia, selamatkan anak dia dari hilang nyawa.
Macam tak bersyukur langsung orang tu dah ambik, tolong jaga anak kau. Susu orang bagi, tuba kau baIas. Hidup aku sebagai anak angkat waktu kecil memang bahagia. Aku anak emas weyh, aku nak apa aku dapat. Tapi mak ayah ajar aku hidup macam orang biasa.
Duduk umah kayu elektrik takda. Tapi bahagia. Tapi kebahagian aku direntap oleh bapa kandung aku sendiri. Aku benci aku dendam. Kau rosakkan rumahtangga orang yang jaga anak kau, darah daging kau. Kau juga rosakkan jiwa aku, aku membesar melihat mak ayah aku gaduh, aku dih1na dengan saudara mara sebab bawak siaI dalam keluarga mak ayah aku.
Sebab aku masuk dalam keluarga ni, bapa kandung aku kenalkan perempuan tu. Mak aku jadi stress, aku nampak dia berubah, dia tak senyum lagi macam dulu. Aku pun kadang-kadang dia pandang dengan penuh benci. Tapi dia tetap sayang aku.
Sejak tu aku hidup dalam keadaan bersalah yang aku bawak sehinggalah ke hari ni mungkin selama-lamanya hingga aku mati. Ayah sibuk dengan perempuan tu, abaikan kami sampai duit belanja semua dia lupa, tak balik rumah.
Aku pernah kena sebat dengan tali pinggang sebab aku minta 20 sen. Allah aku sedih bila ingat. Mak makin hari nampak makin murung. Mak cuma ada aku je, kadang-kadang mak nangis mengadu. Kesian mak. Aku rasa bersalah. Aku punca semua ni.
Menginjak ke alam remaja, ayah makin lupa kitorang sejak dorang ada anak. Perempuan tu suka lah. Dia cakap mak manduI, perempuan tua. Walhal mak dengan ayah pernah ada anak tapi tak panjang umur meninggaI masa bayi.
Sampai hati dia cakap mak macam tu. Perempuan tu pon berani panggil aku anak pungut. Dia marah ayah kalau ayah keluarkan duit untuk aku. Katanya aku ni anak benih orang lain kenapa nak jaga, kan ada anak dia tu. Aku hidup dih1na oleh perempuan tu.
Sedara mara panggil aku anak siaI anak pungut. Sampai mak masam muka dengan saudara dia sebab nak jaga maruah aku. Jiwa aku tertekan, aku member0ntak aku depresi. Aku marah marah dengan mak, aku naik suara aku mengamuk.
Aku cuba cederakan diri, tak nak hidup tapi tak pernah berjaya. Aku bawa moto laju laju masa ayah tak datang sekolah ambik report kad aku. Cakaplah semua cara aku buat supaya aku tak perlu bangun lagi tapi aku masih hidup hingga kini. Em0si aku tertekan.
Bayangkan dari umur 12 tahun hingga 17 tahun tu aku menghadap hidup macam tu. Alhamdulillah, aku tak mati sebab apa. Aku dapat teman mak aku, aku ada bila dia nak aku. Aku rapat dengan mak. Tapi mak makin uzur. Mak selalu mengadu sakit-sakit.
Masuk fasa hidup di IPT, aku dapat sambung belajar dekat shah alam. Aku minta mak aku doa aku tak dapat universiti jauh-jauh. Haha. Sebab tak nak jauh dari mak. Dapat U dekat Melaka pon aku tolak. Mak marah sebab dia nak anak dia masuk U.
Aku nak sambung belajar tu kan, ayah siap cakap ayah takde duit nak bagi aku. Duit yang dia simpan untuk aku dulu, bini muda tu dah perabis. Aku sedih, tapi aku tak tunjuk. Alhamdulillah, aku sedar ayah tak kan bagi aku duit sangat sebab ayah didik aku macam anak lelaki. Jadinya habis SPM aku kerja partime.
Semua aku buat sendiri . Takdenya ayah aku hantar ke ape kalo nak ke mana. Melainkan mak suruh baru ayah hantar. Untuk semester 1, aku kena duduk asrama, aku balik hujung mggu je. Tiap hari call mak, menitis air mata tiap kali call mak.
Aku apply JPA dan aku dapat. Aku call ayah cakap, ayah tak payah bagi duit blanja dah. Ada JPA ni. Maka aku bergantung dengan JPA sepanjang pengajian aku. Dengan JPA lah aku beli kereta 2nd. Aku ulang alik shah alam dengan umah sampai habis blajar.
Kadang-kadang aku naik motor. Aku pernah nangis atas moto, mengenangkan nasib aku yang tak berharta. Berhujan berpanas itu normal. Alhamdulillah duit JPA tu cukup campur-campur dengan aku partime malam. Terima kasih kawan-kawan yang bantu aku siapkan esaimen. Kalau korg baca, mesti korang tau aku siapa.
Habis aku belajar bulan 5 terus dapat kerja. Di sini aku diuji lagi dengan Allah. Mak aku sakit, dari tangan kiri tak boleh gerak terus tarik str0k 1 badan. Aku hilang arah lagi. Aku tak boleh lemah masa ni. Aku kerja siang dan malam untuk tanggung perbelanjaan rumah.
Separuh gaji aku bagi ayah untuk urusan seharian. Aku takda masa jaga mak. Aku banyak culas. Aku penat kerja. PukuI 8 pagi kerja penyudahnya pukuI 1-2 pagi. Aku jaga mak bila aku ada masa. Sabtu ahad pon aku kerja.
Masa ni, aku melalui fasa macam mayat hidup. Kat tempat kerja pagi aku banyak tertidur. Malam aku kerja tak rehat makan. Aku minum je. Masa ni jugalah hati aku disentuh dengan sorang lelaki iaitu suami aku sekarang. Aku kecelaruan perasaan sangat masa tu.
Aku tak percaya mak sakit. Aku rasa mak boleh baik. Aku tak boleh terima. Mak sakit str0k dengan kanser paru-paru tahap a. 3 bulan mak sakit, aku pon kasar masa jaga mak dulu . Allah sayang mak, tak lama mak sakit.
Aku nekad berhenti partime sebab nak jaga mak. Tapi 2 hari lepas aku berhenti, mak pergi. Aku dapat suap mak makan minum. Urut-urut mak, pakaikan mak bedak baju. Ya Allah kalau masa boleh diputar aku nak jaga mak, ampunkan saya mak. Gagal jaga mak.
Hidup aku teruskan dengan kekosongan. Balik rumah takda orang. Ayah tak kisahkan aku balik ke tak. LagiIah aku tertekan. Aku tau aku anak angkat. Dia ade keluarga dia. Kisah pula dia dengan aku masa tu. Cuma suami aku yang waktu tu bf aku selalu cari aku. Risaukan aku.
Dia marah-marah aku sebab tak balik rumah tak makan minum. Dialah yang memupuk semangat hidup aku balik. Aku sambung kerja setahun lebih. Aku konvo pon cuma ade 2 orang je. Ayah dan suami aku je. Ayah pon sebab aku paksa datang. Sedihnya. Segala penat lelah aku belajar macam tak dihargai langsung.
Cemburu tengo kawan-kawan lain, family datang support. Keluarga kandung aku bukan kisahkan aku pon. Tanya khabar pon gitu-gitu je. Aku paham. Tak hidup sama, mana mungkin boleh mesra. Sebulan selepas konvo aku sambung belajar degree.
Aku sambung sebab, aku pernah tanya mak masa sakit, nak tak aku sambung U ambik degree. Mak kata teruskanlah. Mak nak anak mak masuk U. Allahu aku lambat tunaikan hasrat mak aku. Sama juga masa sambung degree, aku takde punca duit.
Berbekalkan duit gadai emas arwah mak. Aku sambung belajar. Aku nekad guna PTPTN tapi aku apply JPA lagi sekali. Ya Allah, terima kasih bantu aku. Aku dapat lagi JPA. Aku pon gunalah duit tu sebaik mungkin. Bf aku merangkap suami aku sentiasa ada dengan aku.
Dia la yang hantar aku masuk u, jemput aku tiap kali aku balik. Alhamdulillah, rezeki tak putus duit yang tak seberapa cukup. Kakak-kakak kandung aku pon ada hulur duit jugak bulan-bulan. Itu yang buat aku terhutang budi dengan dorang.
Tapi aku pun manusia ada buat silap, aku hanyut dalam percintaan, aku diumpat dengan jiran-jiran. Aku akui memang tak manis perbuatan aku. Pelajaran aku pon tak okay. Aku ambik keputusan nak menikah. Bayangkan duit takde, suami aku baru kerja. Aku yakin dengan rezeki Allah. Aku nak nikah jugak.
Segala rintangan aku lalui dengan suami aku. Buat berdua semuanya. Segala persiapan buat sama sama. Tak lama aku pon berkahwin. Pointer naik. Hati tenang semua berjalan lancar. Maka PJJ lah kami selama 2 tahun. Setiap minggu balikla. Hiduplah kami dengan duit gaji dan campur campur duit JPA tadi. Allah tolong kami.
Aku berjaya grad dan dapat kerja dengan cepat. Kali ni aku konvo pon, aku kena paksa ayah datang. Sedih hati. Sedangkan keluarga mentua sanggup datang jauh-jauh untuk raikan aku. Merasalah aku bahagia dihari konvo aku.
Hidup perkahwinan kami pon mulai stabil. Aku pon tukar kerja lagi sebab gaji lagi elok dan dekat waktu pon okay. Tapi bahagia aku tak pernah kekal lama. Kejap je aku rasa. Aku kena tampar dengan dugaan paling besar sekali, aku kena kanser tahap a yang datang dari celah mana tanpa ada tanda-tanda.
Aku sakit pinggang je terus satu badan aku ke bawah tak berfungsi dengan elok. Allah, segala nikmat aku hilang. Aku tak boleh jalan, bergerak, jaga makan pakai suami aku. Aku macam mayat hidup. Terbaring je. Allah, beratnya dugaanmu Allah. Kesian suami aku Ya Allah, dia kena jaga aku.
Berbulan dah aku sakit. Keluar rumah pon jarang. Pergi tandas pon kena tahan sakit susah payah. Aku jatuh terduduk Ya Allah dengan dugaanMu kali ini. Tapi perlahan-lahan aku terima, aku redha. Em0si aku tak stabil sangat, segala peristiwa lama yang jadi dalam hidup aku semua datang balik.
Bermain-main dalam kepala aku. Kenapa aku macam ni, kenapa dugaan aku bersilih ganti? Tak cukup kuatkah aku selama ini? Apa silap salah aku? Dari dalam perut aku dibuang, tak dihirau diabaikan dih1na. Aku punya segala yang ada ini aku usaha sendiri.
Aku takda adik beradik yang ada dengan aku. Aku cuma ada Allah, suami dan kawan-kawan tempat meluah perasaan aku. Aku pernah tanya kenapa aku dibuang dulu sebab aku nakkan jawapan yang tepat sebab aku dengar macam-macam cerita pasal hidup aku. Aku dikatakan tak matang dan mengungkit.
Salahkah aku nak mencari jwapan kepada persoalan hidup aku? Salah aku ke hidup aku macam ni. Aku disalahkan dan tak diambil hirau dengan orang yang sedarah sedaging dengan aku. Aku ni sakit, jiwa aku tertekan.
Korang boleh bandingkan kesusahan korang berbanding dengan apa yang dah aku alami dari kecil. Korang nampak aku hidup senang, tapi tahu ke apa yang aku lalui selama aku membesar. Kenapa korang tak pernah cuba letak diri korang kat tempat aku. Tak nak terima keadaan aku.
Terima yang semua ni memang ada salah orang orang tertentu tu. Tapi korang nak menang. Cakap aku yang kena pergi menghadap. Selama ni pon aku turunkan eg0 aku, aku berhubung je. Tapi bila aku nakkan kebenaran korang buat aku macam ni. Salahkan aku. Baiklah aku terima. Aku yang bersalah.
Selama ni memang aku yang bersalah, akulah punca segalanya. Bak kata seseorang tu, sakit aku ni pon salah aku sendiri. Memang takde siapa paham apa aku rasa. Aku yang bersalah sebab hadir dalam rahim ibu sehingga ibu tertekan sampai nak buang aku kan.
Walhal bapa yang buat hal. Aku la yang bersalah sebab jadi anak angkat mak ayah, jadinya bapa dapat kenalkan perempuan tu dan akhirnya rumahtangga mak ayah hancur. Akulah yang bersalah sebab mak tak rapat dengan saudara dia sebab tak sanggup aku dih1na.
Akulah yang bersalah tak jaga mak betul betul masa mak sakit. Akulah yang bersalah dapat sakit kanser ni. Akulah yang bersalah sebab aku sakit dan susahkan suami aku. Aku mintak maaf jadi orang yang tak berguna dan menyusahkan. Aku mintak maaf sangat Ya Allah jadi hambaMu yang tak berguna. Aku mintak maaf. – Maafkan Aku