“Ayat ‘Jangan buang, nanti boleh guna’ sering berkumandang dari individu yang mengalami Hoarding Disorder,
suka menyimpan barang berlebihan walaupun sebenarnya objek-objek tersebut hanya menjadi sampah dalam rumah.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @Aainaa Nordin mendedahkan projek kemasan rahsia yang dijalankan oleh adik-beradik dan juga biras-biras mereka.
Pada masa yang sama, ibu bapa mereka sedang menunaikan umrah, memberikan peluang kepada keluarga untuk membersihkan barang-barang tidak berguna yang telah lama tersimpan dalam rumah.
Dalam rakaman video, pelbagai barang memenuhi dapur mereka, terutamanya bekas makanan dalam pelbagai saiz dan warna.
@aainaa.nordinPOV : Mak Ayah g umrah, anak-anak & menantu projek declutter & makeover 😎
Setelah kemasan selesai, mereka turut melukis dinding rumah, memberikan sentuhan baharu yang lebih menyegarkan kepada kediaman tersebut.
Melalui komen-komen, ramai netizen mengakui bahawa ibu bapa mereka juga mengalami tabiat serupa
@aainaa.nordinApa itu minimalist?? Mak Ayah siapa macam ni jugak? 🤭 Jangan kata tak tolong kemas. Kemas confirm kena marah 😅 ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
. Walaupun niat membersihkan rumah adalah baik, beberapa di antara mereka mendapati bahawa ibu bapa mereka tidak berpuas hati dan marah apabila barang-barang lama dibuang.”
BACA: “Patutlah suami suka beli patung anime, gugur jantung bila tengok isi kotak mainan dia”