Exco pelancongan Melaka paksa beca berhenti pasang lagu dangdut? Wajib pasang lagu ini je..

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Abdul Razak juga mengingatkan persatuan beca di negeri tersebut supaya tidak mengambil kesempatan dan hanya…

Pengayuh beca di Melaka telah dipinta untuk menggantikan pemasangan lagu muzik dangdut dengan lagu tradisional atau dondang sayang

Dalam usaha memperkenalkan seni budaya kepada pelancong, khususnya mereka yang datang dari luar negara.

Exco pelancongan Melaka paksa beca berhenti pasang lagu dangdut? Wajib pasang lagu ini je..

Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni, dan Budaya negeri, menyatakan bahawa penerapan elemen budaya tersebut adalah penting untuk memperkenalkan Melaka sebagai negeri yang kaya dengan warisan, terutamanya dalam menjayakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Melalui hantaran di laman Facebook miliknya, beliau menjelaskan bahawa beca bukan hanya sebagai alat pengangkutan, tetapi juga dianggap sebagai perkhidmatan riadah, hiburan, sejarah, dan lebih penting lagi, lawatan berpandu, terutamanya di Bandar Hilir.

“Mereka (pengayuh beca) ini sebagai duta kecil atau petugas barisan hadapan yang penting dalam menyambut tetamu datang ke negeri ini, jadi kita tidak mahu mereka memasang muzik yang terlalu kuat atau rancak (dangdut) sepanjang masa sehingga mengganggu dan mengundang ketidakselesaan penumpang.

“Kita juga ada menerima aduan mengenai perkara ini, justeru kita melihat pemilihan lagu kepada elemen tradisional ketika TMM2024 itu juga lebih sesuai dan ini antara syarat yang akan ditetapkan untuk membolehkan mereka mendapat lesen atau permit beca,” katanya kepada pemberita di Jalan Kota, Banda Hilir di Melaka hari ini.

Terdahulu, semasa Majlis Penyampaian Amanat Sempena TMM2024 dan Program Pembaharuan Lesen Beca Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) 2024, beliau berkata kerajaan negeri juga akan membiayai permit beca bagi tahun depan kepada lebih 370 pengayuh beca di negeri ini.

Abdul Razak juga mengingatkan persatuan beca di negeri tersebut supaya tidak mengambil kesempatan dan hanya mengenakan kadar bayaran kepada penumpang mengikut harga yang telah diselaraskan iaitu RM40 bagi satu jam perkhidmatan.

Tambah beliau lagi, bagi menjaga kebajikan pengusaha beca, Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan untuk menanggung 80% kos caruman PERKESO di bawah skim pekerjaan sendiri.

BACA: “Aku call ofis penyondol dan hantar report kat HR tempat kerjanya. Lepastu, barulah dia call aku. Dengar alasan dia, aku hanya mampu cakap wow!”