Siapalah biar anak bawa sebotol besar ‘air gas’ ke sekolah, ramai ‘gerun’ pendedahan guru ini

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Memang ada rupanya mak bapa yang biar anak bawa sebotol besar air gas atau minuman berkarbonat ke sekolah.

Pendedahan seorang guru tentang gejala ‘sugar craving’ iaitu keinginan berlebihan untuk makan dan mengambil minuman manis ini membuatkan ramai netizen ‘gerun’.

Guru itu memberitahu bahawa terdapat muridnya membawa minuman berkarbonat saiz botol besar ke sekolah.

Siapalah biar anak bawa sebotol besar ‘air gas’ ke sekolah, ramai ‘gerun’ pendedahan guru ini

Minuman produk kilang itu pula, katanya, cepat saja habis kerana turut diminum oleh kawan-kawan murid berkenaan.

Mulanya, beliau menyangkakan botol besar itu berisikan air masak yang diisi awal di rumah murid tersebut.

Katanya dalam nada ceria, beliau sendiri hanya menjadikan air masak sebagai bekalan minuman.

Menerusi klip video tular, cikgu bersongkok itu sambil ketawa menunjukkan dua botol minuman tinggi kandungan gula yang dibawa anak muridnya itu.

Walau bagaimanapun, rata-rata warganet menasihatkan ibu bapa agar tidak membiarkan anak-anak terjebak jadi pencandu minuman manis sehingga dijadikan bekalan ke sekolah.

Dalam masa sama, reaksi guru berkenaan yang ketawa dalam rakaman tersebut juga dianggap warga maya sebagai tidak wajar memandangkan pengambilan tinggi gula sejak di usia kanak-kanak bukan satu bahan jenaka.

Namun, ada yang berpendapat guru itu berkelakuan sedemikian sebagai satu bentuk sindiran kepada ibu bapa terlibat agar mengambil berat soal pemakanan sihat anak masing-masing.

“Tak kelakar. Ini bukan bahan lawak. Mak bapak perlu ditegur. Nanti anak belum sunat dah kena dialisis.

“Ini penyakit… sugar craving… gaya hidup begini jangan pelik generasi akan datang umur tak sempat 20 dah ada penyakit diabetes, hipertensi dan kegagalan buah pinggang.

“Bawakan anak-anak sekolah air masak atau air mineral. Jangan bagi air soft drink atau manis tu. Nanti rosakkan saraf-saraf di otak. Bertindak sekarang. Boleh rosakkan buah pinggang juga,” demikian antara nasihat orang ramai.

Baca:“Patutlah kulit isteri aku dan berbekas hitam, dalam rumah pun pakai baju lengan panjang, rupanya ini penyakit dia”