Cara tradisional halau serangga dari bersarang dalam rumah, dijamin berkesan dan selamat

Oleh NADIA HARON

Kewujudan haiwan serangga yang bersarang dalam rumah sering menjadi masalah yang mengganggu.

Mereka boleh merosakkan harta benda, menyebabkan keselamatan dan keselesaan terganggu.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa tips berguna tentang cara menghalau haiwan serangga

Siapalah biar anak bawa sebotol besar ‘air gas’ ke sekolah, ramai ‘gerun’ pendedahan guru ini Cara tradisional halau serangga dari bersarang dalam rumah, dijamin berkesan dan selamat

Yang bersarang dalam rumah supaya anda boleh menjaga rumah anda dari serangan mereka yang boleh mendatangkan penyakit.

Cara halau haiwan serangga bersarang dalam rumah:

1. Cicak
– Taburkan tembakau di setiap sudut-sudut ruangan yang menjadi tempat cicak.

2. Anai-anai
– Sembur air kapur sirih di perabut atau sarang anai-anai.

3. Kelkatu
– Letakkan bekas berisi air bersih di bawah cahaya lampu. Pantulan cahaya dalam air akan menarik perhatian kelkatu.

4. Semut Charlie
– Semut ini menyebabkan gatal pada kulit. Campurkan kilogram daun mambu, 1 kilogram lengkuas, dan 1 kilogram serai.

Gilingkan dan dimasukkan ke dalam 5 liter air, setelah itu dibiarkan selama 2 hari.

Sembur dikawasan di mana ada semut Charlie.

5. Pepijat
– Tabur bunga pandan / Kulit durian / daun durian belanda di sekitar persembunyian pepijat. Aromanya membuat mereka mati.

6. Nyamuk
– Taburkan kulit limau purut di ruangan akan memberi wangi yang menghalau nyamuk.

7. Labah-labah
– Campurkan cuka dan air biasa dengan perbandingan 1:2 dan sembur ke sarang labah-labah.

8. Lalat
– Hiris daun pandan menjadi potongan kecil kecil, taburkan pada tempat dimana lalat banyak hinggap.

9. Ular
– Sembur bau wangian seperti pewangi ruangan, maka dijamin ular akan pergi dengan sendirinya.

10. Lipan
– Taburkan garam dapur ke tubuh lipan atau tempat-tempat lembab yang biasa disinggahi oleh lipan.

11. Semut
– Taburkan serbuk kopi pada tempat semut berkerumun.

12. Tikus
– Taburkan serbuk lada hitam di kawasan di mana tikus selalu muncul.

Baca :Bekas pemain bola sepak terkenal negara meninggal dunia, pernah jadi pelakon ‘blue’ selepas dipenjara