Sebelum ini, ketegasan Encik Yuseri Yusoff dalam menegakkan keadilan bagi Allahyarhamah anaknya, Baby Syifa yang ‘tewas’ ketika berada di pusat asuhan, telah menarik perhatian netizen.
Bagi membela nasib orang-orang teraniaya di luar sana, Yuseri juga telah menubuhkan sebuah entiti yang diberi nama YYCC (YY Community Centre).
Jumlah kutipan kos guaman untuk Adik Maisarah mencapai RM53,065.
Selain Baby Syifa, pihak YYCC juga terlibat dalam menyuarakan kebimbangan mengenai Dea Maisarah, kanak-kanak berumur 10 tahun yang dilaporkan ‘tewas’ ketika mendapat rawatan di HTAR bulan Julai lalu.
Walau bagaimanapun, sehingga kini, tiada perkembangan terbaru dilaporkan oleh mana-mana pihak, walaupun kutipan dana awam sudah diterima oleh YYCC.
Skuad pengurusan jenazah terkenal iaitu Mr Wan Cai Official, yang sebelum ini menguruskan pengebumian Adik Dea Maisarah, mengesyaki bahawa pihak YY mungkin telah menyelewengkan sumbangan awam dan tidak amanah dalam proses pengagihan.
Daripada jumlah RM53,065 yang berjaya dikumpul, keluarga Adik Dea Maisarah hanya menerima RM5,000 sahaja.
Meskipun telah memberikan masa selama 3 hari untuk bersemuka, dipercayai YY masih bersembunyi di pejabat dan enggan memberikan penjelasan.
Seorang peguam, Fira Fahmi, kemudiannya turut membongkarkan perkara yang serupa. Ketika mencuba mengutip kos guaman di pejabat YYCC, pihak YY tidak memberikan kerjasama, menguatkan dakwaan tentang penyelewengan dana awam.
Selain itu, ada pengadu yang pernah meminta bantuan kepada YY dan mendedahkan bahawa mereka hanya diberi duit sumbangan awam dengan kadar yang minima. Sebahagiannya pula hilang entah ke mana, termasuklah kos pengebumian.
Hasil tinjauan lanjut, Peguam Fira juga pernah berkongsi isu pembelaan nasib adik Aina Najwa yang dikatakan lumpuh pada tahun 2022 akibat vaksin. Konflik serupa berlaku di mana walaupun pihak YY telah menerima wang kutipan, pihak guaman tidak menerima bayaran sewajarnya untuk meneruskan perbicaraan.
BACA: ‘Sebenarnya..’ Tak sangka! Ina Naim dedah rahsia sikap sebenar arwah suami