Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku dah berkahwin 3 tahun. Masih dalam proses menyesuaikan diri.
Ada naik turun dalam rumahtangga, tapi Alhamdulillah masih bersama suami.
Hidup 3 beranak dalam rumah ni, semuanya diuruskan sendiri oleh kami. Masing masing bekerja, jadi anak dihantar ke taska.
Aku keluar bekerja seawal 6.15 pagi sesudah subuh, suami masuk kerja lewat jadi suami yang hantar anak ke taska. Sekiranya aku balik awal, aku ambil anak.
Kami hidup sederhana, aku diberi rezeki kerja yang lebih gajinya dari suami. Tapi aku redha dan aku pilih untuk terus bekerja.
Yelah, hidup dekat kota raya ni mana cukup gaji 1 orang ja. Anak pun nak masuk 2 dah.
Suami banyak tolong urusan kerja rumah, macam basuh baju, jaga anak masa aku masak. Aku akan masak bila aku sempat masak. Jarang kami makan dekat luar.
Satu kekurangan suami aku. Bab nafkah batin.
Ya, benda ni hal dalam kelambu. Aku tak tahu aku nak rujuk perkara ni dekat siapa. Aib suami kan.
Kami bersama sebulan sekali, kadang 2 kali. Nak cakap suami aku letih, aku lagi letih tau. Haha mengandung, pi kerja 2 jam, balik kerja 2 jam.
Balik rumah masak, siapkan anak, layan anak. 5 hari seminggu.
Suami aku kerja dekat. Masuk lewat, balik awal. Baju basuh weekend ja, itu pun ada dryer dekat rumah, tak perlu sidai pun. Aku yang lipat kan setiap minggu.
Banyak kali dah aku cakap, aku nak hak aku. Tapi itu lah. Aku cakap, baru nak terhegeh hegeh nak datang cari aku.
Senang kata, aku yang kena mula dulu. Nak cakap suami tak ok, elok ja.
Suami aku bukan kaki perempuan. Telefon aku selalu ja check, tak da apa yang mencurigakan. Cumanya bab nafkah batin ni dia ambil remeh. Remeh bagi dia, besar bagi aku.
Aku pernah cakap, kalau nafkah zahir dia cuma mampu bagi sekadar yang boleh, nafkah batin, tolong lah bagi sempurna. Aku nak dihargai juga. Aku manusia, ada nfsu.
Benda ni boleh buat aku hilang hormat dekat dia. Tapi, kalau harini aku heart to heart dengan dia, esok dan2 dia sentuh aku.
Dan next, lagi 2/3 minggu. Itu pun lepas aku mula dulu.
Nak kata aku tak ok, aku jaga luar dalam. Tak da lah gemuk. Cuma mengandung jadi pergerakkan aku agak terbatas. Tapi benda ni jadi sejak aku tak mengandung pun.
Mula mula kahwin ja suami aku tak pernah culas bab nafkah batin. Bila dah setahun, jadi hambar. Orang kata sparks tu dah hilang.
Aku dah cuba macam macam untuk tarik perhatian suami aku. Tapi macam tulah. Ok la 4-5 hari. Lepastu aku umpama kayu semula.
Tadi aku bergaduh lagi dengan dia. Aku cakap, GRO pun disentuh lebih banyak kali dari aku, seorang isteri. Last bersama 3 minggu lepas.
Itu pun aku yang mula dulu tau. Macam macam dah aku buat, aku dah buntu.
Aku isteri, tapi macam tak dianggap seorang isteri. Rasa macam roomate ja. Hahahahaha..
Sedih tau. Aku sayang suami aku, tapi suami aku tak tunaikan hak aku. Aku dah tuntut hak aku, tapi takkan aku nak kena tuntut hak aku setiap masa. Letih lah aku.
Mungkin siapa yang baca akan rasa ni kelakar. Tapi bagi yang mengalami nasib macam aku, mesti faham.
Sedih tu entah lah. Nak cerita dekat siapa, nanti orang gelak kan kita.
Apa lagi aku nak kena buat. Bercuti berdua pun dah, wangi wangi dah, s3ksi s3ksi dah, cantik cantik dah.. Tapi kalau dia nak, baru dia cari aku.
Itu pun 2-3 minggu sekali la baru dia cari. Selebihnya aku tunggu ja atas katil sorang sorang, dia di ruang tamu main fon, tengok tv, berak…
Kadang tunggu sampai tertidur.. tengok tengok dah pagi. Bangun pagi, dia takda, berak sampai 1 jam sambil main game dalam toilet.
Aku dah kena siap siap untuk pi kerja. Cycle ni dah berterusan 2 tahun…
Sedih kan hidup aku.
Reaksi Warganet
Ari Kael –
Sis, takda malunya kalau sis mulakan dulu. Unless sis minta dia tolak, minta lagi tolak lagi
Then u boleh rasa malu. Tapi kalau minta dia bagi je, then kenapa nak malu?
Suami sendiri kan. Bukan minta dengan suami jiran sebelah
Siti Hazwani –
Hubungan tu sedap 5 minit je, the rest time is how you interact and communicate each other.
Orang perempuan nak dihargai, sentuhan, pujian, bergurau, perhatian..
Try la terus terang dgn suami how to make you happy. Jangan bagitau secara general, bagitau secara spesifik apa dan bagaimana awak nak.
Jangan kasar sangat. Saya rasa suami awak tu tak makan saman, buat bila ditegur je.
Mungkin cara awak tak kena. Bagitau dekat dia masa mood dua dua tengah ok..
Nyzira Mylisa –
Ada orang jenis suka, ada orang jenis tak suka.
Ada orang Hari hari nak, ada orang sebulan 2, 3 kali pun dah okay. So fahami lah suami tu jenis macam mana.
Okay lah kalau dapat suami yang jenis tak menuntut nafkah batin sangat. Kalau hari hari jenis nak, penat nak layan.
Mungkin jugak sebab tengah mengandung kot. Ada orang bila pregnant memang h0rmon gatal dia terlebih. So kena alihkan tumpuan dekat benda lain.
Suami tu dah okay dah tu. Tak payah lah nak overthinking sangat.
Shafika Ilha –
Pemakanan suami dengan lifestyle suami maybe kena ubah sikit, lebihkan daging dengan makanan berempah untuk tingkatkan h0rmon kelakian tuh.
Kalau dekat rumah sebaik nya, suami ke isteri kurangkan pegang gajet tuh, lebihkan komunikasi.
Ulam ulam kena lebih, makanan manis kena elak kan.
Lepas anak anak dah tidur buat me time suami isteri. Cuba dulu .
Adriana Philip –
Nafkah batin bukan setakat hubungan intim semata. Pujian, pelukan, ciuman pun salah satu nafkah batin.
Time buat kerja rumah laki peluk peluk dan kiss dahi pun salah 1. Banyak kan sentuhan fizikal.
Kita istri pun kena main peranan, tengah tengah dia main hp, try datang peluk peluk, kiss pipi.
Dah lebi 10 tahun kawin ni, saya lagi suka sentuhan ketika hari hari biasa. Time nak tidur pun kami mesti pegang tangan, orang cqkqp mesti ada sentuhan.
Suami adik da ok tu. Part tolong buat kerja, tak main ppuan. Tiada yang perfect dik, maybe kekurangan laki dari segi tu, adik usaha dekat sana.
Jangan malu sebab tu laki sendiri. Biarlah kita gedik dengan laki sendiri kan