Salam buat semua para pembaca, kisah yang ingin aku kongsikan sedikit panjang.
Ia adalah tentang diri aku sendiri dan suami yang kini sudah menjadi bekas suami. Kami bercinta selama 2 tahun sebelum buat keputusan untuk berkahwin.
Kami tak langsungkan majlis pertunangan sebab bagi kami tak ada sebab untuk kami lengahkan lagi pernikahan memandangkan kedua – dua beIah pihak pun bersetuju untuk terus berkahwin.
Aku kenal dengan suami semasa aku buat internship dekat company dia.
Dia seorang yang kelakar, baik hati dan gentIeman bagi aku. Pada waktu tu, ramai rakan sekerja yang lain yang cuba – cuba nak meng0rat dia, tapi ntah kenapa aku yang dipilih. Bila kenang balik kenangan sewaktu bercinta buat akan tersenyum tapi kini hanya ada air mata.
Selepas 2 tahun berkahwin, aku masih lagi belum mengandung walaupun kami dah berusaha. Tapi suami masih setia dan sayang aku disaat aku rasa betul – betul rendah diri dan down. Alhamdulillah bos di tempat kerja juga memahami dan bagi aku cuti beberapa minggu untuk tenangkan em0si aku.
Keluarga aku sering buat gathering berkumpul sama – sama ada satu kejadian yang bila aku fikir balik itu adalah petunjuk tetapi aku ketika itu terlalu percayakan suami. Malam itu semua orang dekat luar meraikan hari jadi anak saud4ra.
Aku perasan suami aku tak ada jadi aku pergi cari dia. Tiba – tiba aku nampak dia keluar dari bilik kami bersama dengan kakak aku. Aku terkejut dan minta penjelasan apa yang mereka buat dalam bilik. Suami kata kebetulan sebab kakak aku nak pinjam pencuci muka aku sebab dia terlupa bawa.
Kebetulan pulak kami pakai produk yang sama. Aku percaya apa yang mereka cakap, aku senyum dan terus tarik tangan suami untuk keluar bersama. Itu adalah petunjuk pertama untuk aku tapi siapalah yang aku pikir bukan – bukan tentang suami dan kakak sendiri kan.
Lepas tu suami kena pergi outstation sebab dia boleh d1katakan orang penting la dekat syar1kat tu tapi seingat aku, kakak pun ada pergi outstation tapi negeri yang lain. Sekali lagi aku tak suspek apa – apa. Banyak kali aku perasan ‘kebetulan’ antara suami dan kakak aku.
Mereka boleh terserempak masa makan tengahari, dan kebanyakan apa yang suami aku bagi dekat aku, kakak pun ada. Aku dah mula fikir yang bukan – bukan namun dalam masa yang sama, suami masih jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
Nafkah zahir dan batin tak pernah curang. Aku sebagai isteri dapat rasa sesuatu yang tak kena, biasalah firasat seorang isteri kan. Aku solat minta petunjuk dari Allah, aku dapat mimpi tapi aku fikir itu hanyalah mainan sya1tan tambah lagi dalam keadaan aku sendiri yang tengah ragu – ragu dengan suami.
Hinggalah satu hari aku nampak suami dan kakak aku makan tengahari bersama. Aku ikut diorang dari belakang. Tujuan aku pergi pejabat suami sebab nak bagitahu berita gembira yang keputusan UPT aku positif, maknanya aku hamil.
Aku nampak diorang sangat mesra, kakak siap berpaut tangan dengan suami dan suami pun layan dia macam dia layan aku. Aku terkejut dan cuba tahan air mata. Aku terus contact boss bagitahu aku tak dapat pergi kerja sebab sakit.
Malamnya aku tak terus terang dengan suami, aku nak tengok sejauh mana permainan mereka dan nak dapatkan banyak lagi bukti – bukti. Suami masih seperti biasa, layan aku dengan baik. Sebelum ni aku tak pernah cek HP suami sebab aku percaya dia betul – betul, malam tu aku nekad cek call history dan juga mesej dia dengan kakak.
Aku istighfar panjang baca kesemua mesej diorang, lebih dari sembang biasa hingga perkara – perkara Iucah macam suami isteri. Aku tangkap gambar semua sebagai bukti kemudian aku terus menangis semahu – mahunya dalam tandas.
Dia tipu aku selama ini, dia buat aku nampak bod0h. Aku sedih mengenangkan anak yang da dalam perut. Aku tak bagitahu orang lain kecuali kawan baik aku. Sanggup seorang kakak buat adik dia macam ni?? Beberapa hari berlalu aku masih diamkan tentang kehamilan aku, sesekali aku tanya untuk menduga suami sekiranya dia ada apa – apa yang ingin cerita atau bagitahu dekat aku.
Dia kata tak ada apa – apa. Dia tanya aku kenapa. Aku cakap aku sayang dia dan dia baIas yang dia sayang aku. Sebulan kemudian Allah gerakkan hati aku sekali lagi untuk ikut suami diam – diam selepas pergi check up baby.
Aku nampak suami dan kakak masuk ke sebuah hotel. Padahal dia bagitahu aku yang dia terpaksa OT malam tu. Aku ikut dan aku tunggu diluar bilik hotel, ntah berapa lama aku tunggu sehinggalah mereka keluar dengan keadaan baju yang kusut dah macam kena cakar kucing.
Diorang terkejut bila nampak aku, “Selama ini, saya ingatkan saya boleh percaya awak.” Itu je ayat yang mampu aku ucapkan buat suami. Dengan segala bukti yang ada, aku failkan perceraian, aku rasa jijik. Mak aku tahu hal ini dan dia memang marah sangat dan halau kakak aku keluar dari rumah.
Aku menangis dekat mahkamah bila kami dah sah bercerai. Aku minta maaf dekat suami sebab tak dapat jadi isteri yang baik untuk dia sehingga dia pilih untuk curang dengan kakak aku sendiri. Selepas cerai dia tahu aku mengandung, dia nak rujuk balik tapi aku tak nak.
Hati aku dah terIuka, mungkin aku boleh maafkan jika wanita tu orang lain tetapi dia adalah kakak aku! Aku langsung tak boleh terima pengkhianatan ni. Selama tu, mak dan rakan baik aku yang jaga aku sebab memang aku tak bermaya dengan keadaan yang tengah mengandung.
Aku berterima kasih sangat dekat mak dan kawan aku sebab sentiasa ada dengan aku ketika aku sangat – sangat down. Sekarang apa yang lebih memeritkan, bekas suami kini dah jadi abang ipar aku. Memang sakit sangat tapi dalam masa yang sama aku gembira kakak aku akhirnya dapat apa yang dia nak.
Seorang suami yang sempurna. Aku tak pergi majlis diorang, aku tak sanggup. Masa awalnya mak tak setuju, tapi aku cakap aku ok jika itu yang diorang nak. Sekarang anak aku dah 2 tahun, dia bijak, handsome macam bekas suami aku.
Bekas suami pun tak abaikan nafkah buat anak, jadi aku terima je. Bila bekas suami datang nak tengok anak, anak aku nangis sebab dia tak tahu pun itu ayah dia. Aku tahu bekas suami aku sedih tapi itu yang dia pilih. Aku mengandung seorang diri, aku berdikari tanpa bantuan seorang suami.
Aku ingat lagi ketika nak bersalin, aku dah putvs asa tapi mak yang bagi semangat untuk aku. Hingga saat ini orang nampak aku macam cool je tapi hanya Allah je tahu apa yang aku rasa. Aku selalu tak pikir kalau ada jamuan atau gathering keluarga sebab aku tak sanggup nak berdepan dengan diorang.
Tapi ahli keluarga yang lain faham keadaan aku. Aku nak jadi wanita yang kuat untuk anak aku. Aku nak dia membesar jadi seorang lelaki yang baik dan menghargai perempuan. Dekat tempat kerja, bos dan rakan – rakan pun begitu menyokong dan sentiasa bagi aku semangat.
Bekas suami plak terp4ksa berhenti kerja sebab malu dengan rakan sepejabat. Aku harap perkahwinan mereka hingga Jannah dan mereka tak kh1anati rumahtangga mereka, seperti apa yang bekas suami aku buat dekat aku dulu. Terima kasih sebab sudi baca kisah aku. -Tiara
Komen Warganet :
Fairuz Khatim : Bergantung kuatlah pada Allah. Kifarah pasti ada. Kalau Allah izinkan kamu lihat sendiri, kifarah dan baIasan itu, dapatlah adik lihat nanti. Kalau tak Allah MAHA MENGETAHUI Dan MAHA MENYUSUN segala urusan kita. Jangan buang masa dan air mata. Susun balik cerita hidup kamu. Insyallah ada sesuatu yang besar Allah sedang rencanakan untukmu.
Bu Jem : Curang dengan orang lain, still boleh hadap lagi. Tapi ni dengan kakak kandung, Allah berat sungguh dug4an mu. Allah tak akan menduga seseorang sesuai dengan kemampuannya. Semoga Allah gantikan suami yang lebih baik. Pahala buat mu.
Zainatul Zahara : Pernah sembang dengan sorang makcik ni. Kenalan la jugak. Dia luah cerita yang kakaknya ada affair dengan suami dia masa muda – muda dulu. Orang duk nampak depa cek in hotel. Mula – mula dia xpercaya tapi kant0i tertengok kakaknya tu peIuk suami dia dari belakang n suami dia buat nohen je.
Katanya sampai tua sekarang pun dia takleh lupa n maafkan even laki dia dah meninggaI pun. Yang sedihnya tinggal depa dua je adik beradik. Abangnya dah meninggaI. Yela tua dahkan tapi sedihla. Orang lain dah tua – tua la rapat lagi dengan adik – beradik nak – nak lagi tinggal berdua je.
Makcik tu kata kesal sangat dia sayang akak dia tapi xboleh lupa apa jadi hmmm.. Kesian makcik tu. Pada tt saya harap awak kuat la. Sebab saya sendiri menitik air mata masa makcik tu cerita. Dia still hidup dengan suami dia sampai suaminya hembus nafas terakhir. Itu pun bagi dia siksa sangat. Inikan pula tt yang bekas suami dah nikah dengan kakak sendiri n tt ada anak lagi dengan ex. S4kit yang takkan berpenghujung sebab dar4h daging sndri.
Nur Shafizaini : Tak tau nak gambarkan perasaan ni macam mana. Sebab tak pernah kena kh1anat dengan sed4ra sendiri. Mungkin Allah pilih saudari sebab Dia tau saudari mampu tanggung ujian ni. Allah nak bagi sesuatu yang mungkin kita tak nampak sekarang, tapi akan datang.
Doa saya, moga Allah jaga saudari dengan anak saudari sampai bila – bila. Andai kata berjumpa jod0h, harapan saya biarlah bakal seorang yang bertanggungjawab. Buat ex and kakak saudari, baIasan tuhan tu ada. Tidak sekarang, tapi akan datang.
Tahniah sebab dah berjaya runtuhkan masjid adik sendiri. Moga kalian bahgia la sampai bila – bila diatas pend3ritaan orang lain. Oh tuhan, aku rasa nak peIuk je tuan tanah ni. Nak bagi pinjam kekuatan. Moga tabah. Alhamdulillah, dikurniakan ummi yang sentiasa ada. Moga bahagia dengan saudari nanti. Aamin
Cik Dextrose : Percayalah dear confessor, sekarang ni ex awak lagi pedih. Walaupun pada hak1kat nampak dia happy kahwin dengan kakak awak. Tapi dari sudut hati dia, mesti menyesal tak sudah tu. Tambah lagi bila part anak tak nak dengan dia. Semoga jumpa jod0h yang lagi better dan happy ever after ye.. Aamiin