Qistina Raisah berselimut lakon babak dewasa undang kecaman netizen

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Sejak ditayangkan pada akhir Oktober lalu, drama “Surat Untuk Tuhan” kerap menjadi sasaran komen negatif dari netizen.

Baru-baru ini, potongan video dari babak yang melibatkan selebriti remaja, Qistina Raisah,

Menjadi topik perbualan di aplikasi X setelah akaun yang dikenali sebagai ciraplaici memuat naik rakaman tersebut.

Qistina Raisah berselimut lakon babak dewasa undang kecaman netizen

Tidak hairanlah, sebelum ini, beberapa adegan yang dianggap kontroversial telah menjadi perdebatan di media sosial, walaupun drama ini dibintangi oleh barisan pelakon yang terkenal.

Adalah babak dalam bilik…

Qistina Raisah masih di bawah umur?

Menurut netizen, babak tersebut tidak seharusnya dilakonkan olehnya, memandangkan pelakon tersebut baru berusia 15 tahun dan masih di bawah umur.

Melalui adegan tersebut, dia seolah-olah diperangkap oleh sekumpulan lelaki ketika berada di dalam bilik, dan gambar dirinya dalam keadaan mengaibkan turut dirakam.

Ada yang merasa tidak selesa melihat Qistina Raisah dalam adegan seperti itu.

Pastinya, posting tersebut menerima pelbagai maklum balas negatif, dengan netizen merasakan watak tersebut tidak sesuai untuk Qistina disebabkan usianya yang masih muda untuk melibatkan diri dalam watak sebegitu.

Mereka juga mengkritik drama tersebut kerana kontroversi yang berlaku sejak awal penayangannya, bermula dari dialog watak utama, Janna Nick, yang dianggap terlalu berlebihan di Tanah Suci, serta adegan menendang ibu mentua yang dilakonkan oleh Sheila Mambo.

Tidak kira umur, adegan seperti itu tidak sesuai untuk dilakonkan.

Dia masih kelihatan seperti kanak-kanak.

Kesan ubat sangat cepat pada dia.

Nampak seolah-olah dia dipaksa untuk terlalu matang.

Drama arahan Pali Yahya ini telah ditayangkan di saluran TV3 dan dibintangi oleh barisan pelakon ternama seperti Janna Nick, Shukri Yahaya, Sheila Mambo, Ummi Nazera, Qistina Raisah, dan banyak lagi.

Walaupun drama ini dikritik dengan pelbagai kontroversi, jalan ceritanya membawa pengajaran dan mungkin mencerminkan kehidupan harian masyarakat kita pada masa kini.

Walau bagaimanapun, diharapkan penonton dapat bijak menghayati drama ini dan meraih manfaat serta ikhtibar dari kisah yang penuh konflik ini.

BACA: Betul ke isteri yang izinkan suami kahwin lagi dapat payung emas? Ini jawapan Dr Zulkifli