Lelaki ini kena ‘scam’ sedekah Al Fatihah untuk liang lahad tiruan

Oleh ISMAIL YAHYA

Baru-baru ini seorang lelaki telah dijumput oleh salah sebuah sekolah bagi menyampaikan bengkel penulisan kepada murid-murid sekolah berkenaan.

Lelaki berkenaan yang juga seorang penulis, Zamri Mohammad di Facebooknya menceritakan

Bagaimana beliau tidak boleh melupakan batu nisan yang terpacak di sekolah yang beliau pergi.

Lelaki ini kena ‘scam’ sedekah Al Fatihah untuk liang lahad tiruan

“Sepanjang minggu lalu saya tak dapat melupakan batu nisan ini,” katanya.

Malah ia satu-satunya berada di belakang bangunan sekolah.

Bagaimanapun beliau tidak perasan tetapi mengetahuinya ketika meneliti video-video pertandingan kewartawanan cilik.

“Siapakah dia? Orang alimkah? Penyumbang wakaf tanah untuk sekolahkah?

“Pengamal ilmu hitam yang tersisihkah?,” seribu pertanyaan yang bermain di kepalanya.

Setelah itu beliau akhirnya telah sampai ke sekolah itu.

Sebelum masuk ke bilik latihan bagi mengendalikan bengkel penulisan, saya menuju ke belakang dewan.

“Itu dia!

“Seorang lelaki, berusia 69 tahun meninggal dunia pada tahun 1995.

“Elok benar rupa batu nisannya.

“Selepas membacakan al-Fatihah saya kembali semula ke pintu depan.

“Siapa yang dikebumikan di situ?”katanya kepada seorang guru.

Jawab guru, “Oh itu idea cikgu sebelum ini. Kubur olok-olok berada di situ ketika ada lombong di belakang sekolah ini. Maka, kurang pelajar sekolah rendah menghampiri lombong.”

Untuk siapa al-Fatihah saya tadi?

Tak pasti, tanya dulu.

Baca juga: “Suami yang dulunya sentiasa ada untuk aku, protect aku, bagi semangat kat aku, tapi jadi seorang yang kejam untuk aku..”