“Patutlah abah tolak bulat-bulat bila aku minta dia jadi wali, rupanya abah dan mak tak pernah pun kahwin walaupun anak dah 6!”

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Hasrat seorang anak untuk berkahwin telah membongkar rahsia ibu dan bapanya yang bersekedudukan hampir 30 tahun dan memiliki enam anak.

Pengasas Rumah Amal, D’Ezzya Baiti Al Jannah, Ezzya Ezza Ezzyat, mendedahkan perkara itu menerusi perkongsian di Facebook pada hari ini.

Ezzya menjelaskan bahawa kejadian tersebut terbongkar apabila seorang remaja perempuan berusia 19 tahun

"Patutlah abah tolak bulat-bulat bila aku minta dia jadi wali, rupanya abah dan mak tak pernah pun kahwin walaupun anak dah 6!"

ingin menghantar borang nikah tetapi tidak mendapat persetujuan dari bapanya untuk menjadi wali.

“Dia bertanya kepada ibunya mengapa bapanya enggan menjadi wali untuk urusan nikah. Wanita itu menjawab bahawa bapanya tidak dapat menjadi wali kerana mereka tidak pernah berkahwin.

“Pihak agama menghubungi ibu dan bapa untuk mendapatkan kepastian. Mereka (pasangan) mengakui bahawa mereka tidak pernah berkahwin sehingga penamat anak seramai enam orang,” katanya.

Apabila ditanya mengenai maklumat anak-anak yang mempunyai bin dan binti, ibu kepada remaja tersebut memberitahu bahawa urusan mendaftarkan sijil kelahiran ketika itu adalah mudah.

“Jadi, pejabat agama meminta bapa tersebut membuat akuan sumpah mengatakan bahawa dia tidak pernah berkahwin dan ingin menggunakan wali hakim untuk urusan perkahwinan anaknya.

“Namun, bapa tersebut enggan memberikan kerjasama kerana takut membuka aib dan menjejaskan maruah.

“Maka, pejabat agama tidak dapat membantu wanita tersebut untuk berkahwin,” jelasnya.

Ezzya Ezza Ezzyat menyatakan bahawa remaja tersebut akhirnya ditinggalkan oleh bakal suaminya dan terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

“Dari situ, dia kehilangan ‘pantang larang’ dan mula hidup dalam keadaan bercampur antara lelaki dan perempuan. Sambil menghisap dadah, dia juga terlibat dalam hubungan seks bebas.

“Dari satu kelahiran, ia merebak menjadi enam anak. Sudah menyerupai situasi ibu dan bapa biologinya,” katanya.

BACA: “Bekas madu tiba-tiba mesej mengadu suami macam ini macam itu. Aku yang jadi mangsa sedangkan mereka sendiri yang cari penyakit”