Patutlah eMADANI kerajaan tak bagi cash RM100, ini sebab boleh scan QR code je

Oleh ISMAIL YAHYA

Hari ini, kira-kira 10 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas telah mendapat manfaat daripada tawaran kredit eMADANI bernilai RM100

Yang boleh ditebus melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pemberian bantuan wang tersebut diakui sebagai satu langkah yang membantu meringankan beban rakyat dalam memenuhi keperluan harian.

Patutlah eMADANI kerajaan tak bagi cash RM100, ini sebab boleh scan QR code je

Bagi sesetengah individu, program eMADANI mungkin masih belum diketahui sebagai salah satu inisiatif di bawah kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

eMADANI dilaksanakan dalam usaha untuk merangsang pembayaran tanpa tunai yang semakin popular, memberikan dorongan kepada perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), dan memberi manfaat kepada rakyat sejajar dengan pemodenan negara.

Selain menerima kredit bernilai RM100, rakyat turut menikmati pelbagai inisiatif daripada penyedia perkhidmatan e-dompet seperti baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points), dan coins.

Walaupun telah menebus kredit, rakyat kebanyakannya berhasrat untuk menggunakan kredit tersebut secara tunai. Namun, perlu difahami bahawa penebusan secara tunai atau pemindahan kredit antara rakan ke rakan adalah tidak dibenarkan oleh kerajaan.

Keputusan ini diambil dengan niat untuk menggalakkan penggunaan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Oleh itu, kredit eMADANI hanya boleh digunakan untuk pembelian fizikal melalui e-dompet atau QR DuitNow yang berkaitan.

Melalui penggunaan imbas QR, orang awam boleh memanfaatkan kredit eMADANI untuk membayar makanan di kedai menggunakan perkhidmatan e-dompet seperti MAE, Setel, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet.

Langkah-langkah keselamatan juga dikenakan untuk mengelakkan pemindahan kredit atau penebusan tunai. Apabila terdapat laporan kesalahan melibatkan tindakan ini, kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyekat akaun dan melucutkan hak kredit mereka.

Selain daripada larangan penebusan tunai, beberapa perkara yang tidak dibenarkan menggunakan kredit eMADANI termasuk pemindahan ‘peer-to-peer’, pembayaran bil utiliti, bayaran fi berkaitan kerajaan, bil telekomunikasi, pembelian permainan, bayaran tempat letak kereta dan/atau tol, aktiviti pelaburan, dan transaksi e-dagang atau dalam talian.