“Tunang dah sebulan hamil, tapi aku tak pernah sentuh dia, katering dan duit hantaran RM20000 dah bagi, aku dilema majlis lagi 5 hari”

Oleh GEMILANGDAILY

Assalamualaikum admin. Mohon hidekan profil saya. Saya sekarang dalam dilema. Majlis kahwin saya lagi 5 hari lagi

Tapi Permasalahan saya di sini berkaitan tunang saya. Tunang saya dah mengandung 1 bulan.

Tapi sebelum tu saya nak maklumkan yang saya tak pernah sentuh dia.

"Tunang dah sebulan hamil, tapi aku tak pernah sentuh dia, katering dan duit hantaran RM20000 dah bagi, aku dilema majlis lagi 5 hari"

Tunang saya baru2 ni beritahu yang dia dah terlanjur dengan ex bf dia.Kami tunang pun tak lama. Tu pun atas rekomen orang tua dan saudara mara saya.

Yang menjadi masalah bagi saya sekarang adalah majlis sudah dekat dengan orang yang sudah dijemput katering apa semua dah dibayar.

Duit hantaran sebanyak rm20k pun dah diserahkan sepenuhnya. Kalau saya batalkan apa orang akan cakap nanti. Mana mak ayah saya nak letak muka. Ada tak cara yang saya boleh buat tuntutan semula ganti rugi.

Tunang saya pun dah banyak hari murung. Saya taknak la sampai saya sendiri terpaksa bagitahu makayah dia pasal kandungan yang dibawa. Saya bukan manusia yang zalim. Cuma saya nak buat perjanjian dengan dia.

Dimana lepas anak tu lahir saya akan ceraikan dia dan dia bayar balik segala kos yang saya keluarkan. Kira adil bagi saya dan adil bagi dia. Saya tak rugi dan maruah dia pun terjaga.

Jadi kat sini saya nak tahu, perjanjian yang bertulis ni mcmmna prosedur dan siapa yang saya patut jumpa untuk perjanjian ni. Sebab kalau salah seorang ingkar perkara ni boleh dibawa ke mahkamah. Itu sahaja yang saya nak tahu. Dan sekali lagi sy mohon maaf. Mungkin ayat saya tak teratur. Saya tengah serabut ni.