Udang kekal pejal dan manis macam baru beli walau dah lebih sebulan simpan, tapi kena guna petua ni

Oleh ISMAIL YAHYA

Beli udang segar tapi sebab malas nak masak, kita simpan dulu dalam peti sejuk.

Lepas seminggu, bila nak guna, terkejut tengok udang dah jadi lembik dan hitam.

Ini memang masalah kalau nak simpan stok makanan laut, terutamanya udang.

Udang kekal pejal dan manis macam baru beli walau dah lebih sebulan simpan, tapi kena guna petua ni

Terdapat satu petua yang boleh diamalkan bagi memastikan udang yang disimpan akan kekal segar, dengan rasa manisnya, dan tidak berubah warna menjadi hitam.

Juga tekstur udang akan tetap pejal seolah-olah baru saja beli.
Terdapat pelbagai petua untuk menyimpan makanan laut, antaranya dengan merendam dalam air dan membekukan.

Namun, terdapat satu cara yang mudah untuk diamalkan iaitu dengan hanya menggunakan gula!

Cara:

1. Masukkan air tanpa klorin, seperti air bertapis Coway/Cuckoo, atau air paip boring (bukan air kerajaan).

2. Tambahkan air sehingga udang/ikan tenggelam, kemudian tutup dan simpan dalam freezer.

3. Untuk mengelakkan udang daripada menjadi lembik dan hitam, taburkan gula di atasnya sebelum menyimpan dalam freezer (ruang sejuk beku).

Petua ini telah diuji dan terbukti berkesan. Noor Hafiza Mohamad berkongsi bahawa udang harimau yang disimpan menggunakan kaedah ini kekal segar dan manis selama lebih dari 6 bulan.

Dulu pernah cuba guna air paip biasa, rasa udang elok je macam biasa.

Ingat, udang yang disimpan tak perlu dicuci dulu untuk kekalkan kesegarannya, sama dengan ikan, sotong, dan ketam.

Kalau bagi ketam dan sotong, simpan macam biasa tapi pastikan dalam bekas supaya tak bertindih. Selamat mencuba!

Baca:5 petanda suami mula bosan dengan isteri..silap-silap esok cari perempuan lain!