Sami menang jackpot RM2.2 juta, agih duit kemenangan kepada penduduk setempat

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Seorang sami telah berjaya memenangi hadiah loteri bernilai RM2.2 juta dan kini sedang bersedekah wang tersebut untuk tujuan kebajikan serta membantu masyarakat sekitar.

Menurut laporan The Thaiger, sami di wilayah utara Nakhon Phanom tersebut menyatakan bahawa

seorang sami sepatutnya tidak terlibat dalam aktiviti perjudian,

Sami menang jackpot RM2.2 juta, agih duit kemenangan kepada penduduk setempat

tetapi dia membuat pengecualian untuk membantu peniaga di kawasan sekitar yang sedang menghadapi masalah kewangan.

Berusia 47 tahun, sami tersebut menganggap wang kemenangannya sebagai milik malaikat dan tidak mahu menyimpannya untuk diri sendiri. Oleh itu, dia memutuskan untuk berkongsi wang tersebut dengan mereka yang memerlukannya.

Lebih daripada 1,000 penduduk kini beratur untuk menerima sumbangan wang sebanyak 200 baht setiap orang. Demi keselamatan, pihak polis sedang memantau untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 mengingatkan barisan yang panjang.

Selain memberikan wang kepada masyarakat setempat, sami tersebut juga menyumbangkan 4 juta baht kepada pengurusan kuil, sekolah, organisasi negeri, dan sektor swasta. Dia juga merancang untuk memberikan sumbangan kepada badan amal dan kuil-kuil yang memerlukan.

Bagaimanapun, cerita kemenangan loteri oleh seorang sami itu mendapat reaksi kurang baik dari sesetengah ahli sami lainnya.

Melalui laporan media tempatan, seorang sami menyatakan bahawa tindakan membeli tiket judi adalah salah dan tidak patut dilakukan oleh seorang sami, kerana ia melanggar etika dan peraturan sami Buddha.

BACA: “Aku bukan isteri yang setia, semasa ketiadaan suami aku kalah dengan nafsu sendiri padahal zaman anak dara, pergaulan dengan lelaki pun aku jaga”