“Alangkah terkejutnya aku bila suami menangis memegang tanganku dengan nada perlahan mengatakan bahawa wanita itu bukan orang lain”

Oleh GEMILANGDAILY

Assalamualaikum tolong hide kan profil saya tq.disini dan kisah ini hanya untuk memberi pengajaran pada diri saya sendiri

Dan pada mereka yang berada di situasi ini.saya ibu tunggal mempunyai anak 4 orang.

setelah kian lama saya bersendiri dan akhirnya saya dipertemukan dengan suami…

"Alangkah terkejutnya aku bila suami menangis memegang tanganku dengan nada perlahan mengatakan bahawa wanita itu bukan orang lain"

saya pun tidak pasti jalan cerita mana yang saya harus mulakan kerana kisah hidup ini jalan cerita ini amat sakit untuk dikatakan apatahlagi untuk saya ingatkan.

Saya amat setia dengan suami walaupun god4an diluar sana terlalu banyak tetapi hati saya hanya untuk suami begitu taat dan cinta nya saya pada beliau .namun kisah ini terjadi bila saya melihat sikit demi sedikit ada perwatakan curiga didalam rumahtangga saya contoh jika berselisih faham suami mudah akan kata GO.

jika saya merajuk suami tidak pernah ambik jalan memujuk,ringkaskan saya tidak dihargai langsung oleh suami .saya mula tercari cari dimana punca sikap suami dan apa punca suami jadi begitu.makan tahun juga saya mencari semua jawapan segala dalam kepala ni.

Siang malam saya tidak henti mendoakan agar ALLAH membuka segala pintu pintu jawapan yang saya cari selama ni.sepanjang saya mencari jawapan saya guna kan akal yg waras masih melayan makan dan minum masih menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dan masih saya berpura pura terlihat baik baik sahaja dalam tidak sedar hanya akal dan mata menguasai gerak geri suami.

saya ringkas kan jalan cerita agar yang membaca tidak banyak masa untuk membaca coretan kisah ini.sampailah suatu masa saya mula terfikir untuk mengetahui adakah suami mempunyai Facebook? kerana saya mengenali beliau beliau adalah seorg yang tidak pandai untuk bukak ACC Facebook,saya mula typing perbagai nama beliau dengan harapan dapat lah apa sahaja bukti makan tahun juga

akhirnya bila typing nama tidak jumpa saya cuba untuk buat carian gambar atas nama tersebut alangkah terkejutnya saya apa bila terjumpa gambar suami dan seorang wanita.dalam hati mula bertanya siapa beliau??.

saya dapatkan lagi perbagai maklumat wanita itu perbagai laman dan media social akhirnya sampai lah saya mendapatkan nombor talifon wanita itu.wanita itu j4nda beranak 3 hanya itu sahaja yang dapat saya nyatakan tentang perempuan tu

.setelah banyak gambar suami dan wanita itu telah saya copy paste saya katakan dalam hati YA ALLAH terima kasih kerana kau membantu aku untuk mendapat tahu apa yang tersurat dan tersirat selama ini yang membuat hidup aku kemur ungan,tekanan.sampai lah masa yang ditunggu dengan segala perasaan untuk saya tanya kan pada suami.

saya tanya pada suami siapa wanita ini! mulanya suami berkata istri,saya bertanya lagi berapa ada anak? suami menjawab 2 orang lelaki dan perempuan,saya bertanya lagi nikah dimana! suami kata dipahang????…. aik nikah Thai ada dipahang? pelik.

saya tanya dengan nada keras mana surat nikah !? suami kata ada pada wanita itu…lalu saya membuat plan untuk mencari lagi jawapan saya ajak suami ke KL dengan alasan saja untuk berjalan kerumah adik,sesudah sampai di KL saya terus bagitahu suami now sekarang kita dikl saya bagi pelepasan 1 jam untuk awak balik ke rumah bini awak untuk awak ambik surat nikah saya nak tengok setelah saya tengok jika kesahihan cerita itu betul maka saya rehdo!

Baru2 ni alangkah terkejutnya saya bila suami menangis memegang tanggan saya dengan nada perlahan mengatakan bahawa wanita itu adalah wanita simp4nan beliau yang tiada ikatan sah namun mempunyai hasil zin4 2 orang cahaya mata.

suami terpaksa hidup dalam tekanan memikir bagaimana untuk dia keluar dari segala lembah dos4 selama ini kerana kesian dengan nasib anak anak diluar nik4h bersama wanita itu!setelah itu saya nekad untuk menghubungi wanita itu Masej yang pertama saya hantar sekeping gambar saya dan suami.

wanita itu bertanya kepada saya siapa perempuan ni???awak siapa?? saya kenalkan diri saya completed kepada beliau.tujuaan saya berhubung dengan wanita itu hanya ingin tahu bagaimana pula bagi pihak dia berbicara .saya tanya kan pada wanita itu saya dah tahu siapa awak .

mahu tak mahu saya terpaksa akur cuma satu tunjukkan saya sijil nikah kalian.mula wanita itu memberi alasan tengah kerja sibuk,saya sabar lagi sampailah selesai waktu kerja beliau saya bertanya lagi mana sijil nikah? lagi sekali beliau memberi alasan jangan ganggu dia .

ternyata benar lah mereka tiada ikatan sah …bila terjadi nya perkara ini terjadilah pertengkaran antara saya suami dan wanita itu.apa yang lebih menyakitkan hati saya apabila wanita itu langsung tidak ada rasa bersalah atau menyesal dengan perbuatan memuat naikkan segala status seolah beliau insan ternaya dan bergelar isteri sah.

sedangkan mereka telah menipu semua termasuk orang tu4 wanita ini kononnya telah bernikah di sempadan …kini suami ingin tebus segala salah silap pada saya kerana selama bersama terlalu banyak drama dan pemboho ngan yang beliau dah lakukan terhadap saya beliau berjanji akan menjadi suami yang terbaik hanya sekali sahaja untuk berikan beliau berubah

saya cuba paksa diri saya terima beliau walau dalam keadaan diri saya tekanan dan kemu rungan yang orang luar tidak dapat melihat dengan mata kasar ,saya berpura pura didepan orang tua didepan rakan jiran jiran bahawa saya bahagia .kerana saya bukan lah seorang wanita yang gemar bercerita kisah rumahtangga pada sesiapa walau tekanan macamna sekalipun .

kepercayaan saya pada suami langsung hilang .bagaimana saya nak pulihkan tekanan ini.saya akan cepat emosi bila mula mengingatkan tentang perbuatan suami dan wanita itu .perasaan sangsi segala gerak geri suami sentiasa membuat saya jadi tekanan .apa yang harus saya buat .

memang saya akui masih ada perasaan dengan suami namun disebalik itu saya tak bahagia hidup saya dihantui dengan kisah silam beliau kerana kisah silam beliau masih dijaga selepas berkahwin dengan saya.bagaimana saya nak pulihkan keadaan walau suami sekarang dah berubah .saya masih didalam tekanan perasaan yang sama .

apakah saya harus pertahankan lagi rumahtangga yang dah hambar ini atau saya memilih untuk pergi.susah yang saya nak mempercayai setiap kata simpan janji suami lagi hati saya tetap mengatakan dia masih berhubung dengan wanita itu lagi ,apa harus saya lakukan..

BACA: Ingat ubi kayu kena rebus dahulu lepas tu biar kuah pekat melikat, baru sedap