“Mak mengaku silapnya dan redha jika ini adalah balasan bagi mak, sampailah suatu hari mak luahkan segalanya padaku cerita yang sebenarnya”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

salam admin. maaf kalau nukilan aku kalini agak berterabur. Mohon Hide FB aku ya min.

Aku pinjam fb office mate aku merangkap sepupu baik aku. Kisah aku bukan kisah cinta atau curang.

Tetapi… lebih dari itu. aku gelarkan nama aku Adam. Seorang anak tunggal.

"Mak mengaku silapnya dan redha jika ini adalah balasan bagi mak, sampailah suatu hari mak luahkan segalanya padaku cerita yang sebenarnya"

Aku dilahirkan di selatan tanah air. Kehidupan awal masa aku kecik2 dulu sungguh bahagia.

Ada Mak Ayah yang sangat penyayang. Ayah aku business man. Mak aku suri rumah yang menjaga aku 24 jam.

Ya aku anak manja, admin. Aku ditatang bagai minyak yang penuh. Aku dibawa bercuti ke sana sini. Rumah kami besar. Kereta ayah ku mewah. Yelah. Business man.. Kerja ayah aku berkait rapat dengan Dato2 dan orang VIP.

Rumah kami pon Orang Politik yang bg kami duduk secara FREE. Bayangkan? Best kan life aku masa aku umur 1-4 tahun?.

Shopping di mall,makan sdp2, melancong. You name it. Semua aku dah merasa min.. Alhamdulillah. Rezki allah bagi . tapi siapa sangka?.

Masa Malaysia dilanda krisi ekonomi dulu. Ayah aku dibuang kerja. Macam mana kau rasa goyahnya ekonomi masa pandemic ni. mcm tu lah aku rse dlu bezanya takda wabak. Ayah aku dikatakan total lost. Rumah yang diberikan secara PINJAMAN pon ditarik balik atas alasan NAK JUAL semula pada pelabur.

Kereta??. dari yang besar bertukar jadi yang kecik dan buruk. Kami akhirnya merempat .. Allahu.. Waktu itu aku baru 5 tahun. Tiada lagi baju smart utk aku. Tiada lagi makanan seafood dinner utk hujung minggu.

Menu kami bertukar nasi bubur kicap sepanjang hari. Rumah yang kami duduk merupakan rumah yang usang dan tidak terjaga. Semua ni atas ehsan jiran yang nmpk kami duduk merempat ditepi pondok. Aku ingat lagi betapa cekalnya mak aku masak guna dapur api utk aku minum secawam kopi dan biskut beras.

Betapa cekal mak aku masak nasi goreng tanpa lauk. Aku pula yang sudah memahami keadaan ,hanya mampu senyum dan cakap SEDAPLAH NASI GOYENG MAK. Walau jujurnya aku dah muak. dipendekkan cerita,ayah aku yang dh biasa kerja office,dress code beretika,dan ada kwn vip, sudah mulai rasa bosan hidup miskin.

Die rindukan life business dia. Ayah aku juga org yang boros dan takda savings. sbb tu lah kami merempat. Disebabkan ayah aku bosan tiada kerja akhirnya ayah aku bawa kami balik ke kg ibuku. Disitu lah kehidupan BARU aku bermula

Kami berpindah ke kampung ibu. Alhamdulillah semua nya baik baik shje. Kami menyewa dirumah kecil yang muat2 utk kami bertiga. Aku fikir kami akan bahagia disini. tetapi tidak . Kehadiran kami tidak disukai oleh makcik2 ku yang mengatakan Dah Miskin Baru Balik Kg.

Allahu sedihnya bila ingat balik . Di saat kami baru je berpindah dirumah baru kami dan aku pon mengimpikan ayah aku akan menemani aku saat buka sekolah nanti. tetapi badai pula melanda. suatu petang ketika aku bermain dengan teman2 aku ,tiba tiba aku dipanggil oleh ayahku.

Aku bergegas mendapatkan ayahku. Aku tgk die berpakaian smart dan berbau wangi. Aku tye pada ayah
“ayah nk g ane?”

“adam… (sambil melutut dan peluk). ayah nak pergi kerja tau nak”
“ayah balik bila?” “ayah tak tahu balik bila dam.. Ayah pergi kerja nak belikan adam mainan baru.

Skrg ayah takda duit. ayah nak kerja kuat2 nak bg adam mainan bru,nk bg mak kamu baju baru” ohhh ayah takda duit ke?. adam ada duit yah. Nah (sambil hulur duit syiling Rm1. duit syiling emas). ” “hahaha (ayah ketawa). adam simpan duit adam.

Ayah pergi dulu ya nak?.jaga mak kamu baik2. Ayah syang kamu. Nanti ayah gaji ayah balik ya nak”. “OKe” itulah perbualan terakhir kami. Selepas tu aku yang dijanjikan mainan baru mula menuntuk janji ayahku.

setiap petang ahad aku akan berdiri di tepi jalan menunggu ayahku pulang. Namun hampa. Ayahku tak kunjung tiba. Hari berganti hari,Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Ayah Tak Pernah Balik Bawa Mainan Baruku. pernah aku mengigau mmpikn ayah.

Pernah aku kebasahan menunggu ayahku ditepi jalan. Smpi mak aku memarahi aku kerana pulang dalam basah2. sehinggalah usiaku masuk 12 tahun ayah ku masih x pulang2. Aku menjadi musykil kemana ayah pergi?. Aku cuba dptkn penjelasan mak. Tp mak diam seribu bhse.

Sampilah suatu hari mak aku luahkan segala nya padaku yang sebenanrnya mak dan ayah dah lama bercerai. Allahu!. seperti petir menyambar . Pedih nya hatiku hnya allah yang tahu. Segala nya mak aku ceritakan.

Rupa rupanya Mak aku adalah isteri kedua ayahku. Isteri pertama nya ditinggalkan tanpa pesan hanya kerana ingin bersama ibuku. Jadi bermakna selama ni aku bhgia ,melancong,bergembira dengan keluarga aku,rupanya diatas penderitaan org lain? Mak mengaku silapnya dan redho jika ini adalah balasan bagi mak.

Mak sudah pon bercerai. tetapi aku??. bagaimana aku??. aku rindukan ayahku.. itu juga ayahku. Ketika aku meningkat umur 15 tahun tamat PMR aku mula mengatur langkah utk mencari ayahku. Zmn tu hp mula canggih.

Aku meminta pertolongan dari rakan fb dan lain2 . Alhamdulillah aku dpt no tel ayahku. Ya allah rindunya aku bila dpt mendengar suara ayahku. Aku memujuknya utk pulang tetapi dia dh tua. tak mampu berjalan jauh.

Aku pula bernekad nk pergi rumah ayah ku sndrii. Ayah ku tinggal bersama ibu tiriku dan anak2nya di sana. Buat pertama kalinya aku tipu mak. Aku kata aku ada camping padahal aku balik ke selatan tanah air.

Aku crik alamat yang diberikan. Berbekalkan duit belanjan mak aku bg,aku naik bas ke sne. Setiba di stesen bas,ayah aku dh tgu bersama ibu tiriku dan anak2 nya. Semuanya lelaki. Aku peluk ayah ku. aku menangis semahunya. Ayahku pon sama.

Sebak sekali pertemuan tu. Ibu tiriku pon menangis sme. Masyaallah baik sggh hati ibu tiriku. Memeluk ku seperti anak sendiri. Aku dilayan bagai anak sendiri di rumah mereka. Tiada istilah benci membenci.

Walau aku anak dari seorang wanita yang pernah merampas suaminya dulu, tetapi die layan aku ckup baik. Makan pakai aku dijaga disana. Smggu aku disana ,akhirnya ayah ku menghantarku pulang. Terasa berat langkah kakiku utk meninggalkan ayah .

Aku ckp kt ayah. Ayah tguu Adam da kerja yah. Adam nk hntr ayah pg Haji pulak. Ayah hnye ketawa kecil. Allahu indahnya suara ayahku ketawa waktu tu. Beberapa bulan selepas aku balik dri jmpe ayah,aku sering sms ayah.

Tanya khabar dan tanya khabar ibu tiriku. Ibu tiriku pula rajin call tye khabar aku dan mak. Aku jawab baik2 shje. Sejujurnya aku sgt syang pada Ayah dan aku berjanji akan belajar bersungguh2 untuk membanggakan ayah.

Dalam masa sama aku bekerja part time car wash utk perbelanjaan ku dan utk aku kumpulkan buat ayahku . Aku nekad nk hntr ayahku mengerjakan haji dgn hasil titik peluhku sndri..

Dipendekkan cerita,seminggu sebelum puasa aku dikejutkan dgn berita yang ayah aku terlibat dalam kem4langan jalan raya bersama ibu tiriku dan anak2 nya. Mereka satu keluarga meningg4l. Saat mak aku khabarkan berita tu,aku hmpir pengsan.

Allahu. Sedihnya rse hatiku wktu tu. Buat kali terakhir aku dan mak menziarahi arwah ayah sebelum dikebumikan. Teresak esak aku menangis menahan sebak.. Aku tak sangka begitu cpt Allah ambil ayahku.

Aku belum puas bermanja dan berbakti padanya Ya Allah. Balik dri pengebumian,aku berkurung. Aku tak ke sekolah. Aku tak terurus. Mak ajak makan,aku cuma ckp Adam tak lapar. Mak ajak keluar aku xnk. Aku asik menggengam wang yang aku dah kumpulkan selamani.

aku bercerita pada Allah. “Allah .. ini duit buat ayahku prgi hj ya allah. Skrg dia takda,apa harus aku buat ya allah”. Dan tiba tiba seakan ada satu bisikan lintas dihatiku dan berkata. “Berbaktilah pada ibumu yang masih ada”

Aku bingkas bangun,mandi,solat dan jumpa mak depan2. Aku minta maaf sbb abaikan mak aku utk sekian masa yang lama. Aku serahkan duit tu pada mak. Aku cakap mak ambil duit ni. Adam kumpul nk bg arwah ayah..

Tp adam lupa mak masih ada dengan Adam. Malam tu kami menangis teresak esak. Mak aku xnk duit tu. Mak aku ckp kita masukkan shje dlm tabung masjid. Alhamdulillah,esok ya kami sedekahkan pada pihak masjid atas nama arwah ayah.

Skrg aku dh dewasa. Aku dh bekerja dan dalam masa sama aku smbg belajar di sekolah pondok utk hujung mggu shje. Aku mendalami ilmu agama dengan sesungguhnya.. Aku ingin berjumpa dengan ayahku disyurga. Kerana rindu yang bertahun ini sesaatpun sudah terasa sedih. al fatihah

BACA: “Perangai suami aku pelik dari biasa, aku tak boleh bermanja-manja ketika dia ada dengan kakak kandung aku, tu yang paling ketara sekali”