‘Dia tak bagi saya guna duit sendiri’, wanita mengadu penat suami kerap beri layanan mewah

Oleh NADIA HARON

“Masalah apabila berkahwin dengan lelaki kaya,” disertai dengan emoji menangis dan bintang.

Seorang isteri jutawan dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengadu tentang layanan mewah yang diberikan oleh suaminya

Dalam status yang dimuat naik di laman TikToknya, seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Sun semalam.

'Dia tak bagi saya guna duit sendiri', wanita mengadu penat suami kerap beri layanan mewah

Wanita yang dikenali sebagai Soudi kerap menggunakan media sosial untuk berkongsi kisah kehidupannya di Amerika Syarikat (AS) dan UAE.

Dalam satu klip video yang menunjukkan dia bersama suaminya, Jamal, Soudi menulis: “Masalah apabila berkahwin dengan lelaki kaya,” disertai dengan emoji menangis dan bintang.

@soudiofarabia Just out here living my best life ✌🏼 #fyp #bae #relationship #dubai #trending #foryoupage #emirati ♬ Skenny beatz – لونگین 🍁

Wanita itu juga memaparkan dirinya di sebuah kedai mewah, Jimmy Choo, yang menampilkan kasut dan beg tangan mewah.

“Saya tidak dibenarkan menggunakan wang poket saya (semua perbelanjaan ditanggung oleh suami),” tulisnya bersama emoji sedih sebelum mendedahkan bahawa suaminya membeli sesuatu dari kedai tersebut.

Soudi turut menulis: “Dia (suami) membawa saya terbang (menaiki pesawat) setiap bulan. Adalah menjengkelkan mempunyai pengawal peribadi 24/7 (setiap hari),” tulisnya bersama emoji hati berwarna merah dengan balutan di sekelilingnya.

Wanita ini, yang menggunakan akaun @soudiofarabia di TikTok, menulis: “Sentiasa menghantar pemandu kerana saya tidak sepatutnya berjalan kaki. Jamal suka apabila saya berkelakuan baik,” diikuti dengan emoji bintang.

Seorang netizen kemudian memberikan komen bahawa ini adalah kehidupan yang dipilih sendiri oleh wanita tersebut, manakala yang lain menyatakan: “Jamal ialah seorang lelaki yang baik.”

BACA: “Walaupun aku bukan menantu pilihan, aku juga manusia biasa kadang kala aku rasa seperti mahu berputus asa”