Jersi bundle paling mahal dalam dunia, bernilai RM45.8 juta! Siapa ada ‘confirm’ kaya

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Jersi yang dipakai oleh legenda bola keranjang, Michael Jordan, semasa Permainan 1 Pusingan Akhir NBA 1998,

yang juga kejuaraan terakhirnya, telah dijual dengan rekod AS$10.1 juta (RM45.8 juta), kata Sotheby.

Jersi merah Chicago Bulls dengan nombor 23 pada bahagian belakang mencatat bidaan tertinggi berbanding mana-mana memorabilia sukan

Jersi bundle paling mahal dalam dunia, bernilai RM45.8 juta! Siapa ada ‘confirm’ kaya

Yang pernah dipakai ketika beraksi, mencipta rekod baharu untuk jersi bola keranjang, menurut firma lelongan itu.

Jumlah bidaan terakhir itu dua kali ganda daripada jangkaan Sotheby, dan jersi itu menarik sehingga 20 bidaan.

Jersi Jordan itu mengatasi rekod yang dicatatkan pada bulan Mei untuk memorabilia sukan termahal yang pernah dijual, iaitu jersi ‘Tangan Tuhan’ Diego Maradona.

Jersi bundle paling mahal dalam dunia, bernilai RM45.8 juta! Siapa ada 'confirm' kaya

Rekod sebelum ini untuk jersi bola keranjang yang pernah dipakai ketika beraksi adalah jersi ditandatangani oleh Kobe Bryant, yang memakainya pada musim 1996-97 bernilai AS$3.7 juta (RM16.7 juta).

Ia adalah jersi kedua milik Jordan yang pernah dipakai sepanjang enam kejuaraan diraihnya untuk dilelong.

Jersi itu juga merupakan koleksi barangan memorabilia sukan Michael Jordan yang paling mahal terjual.

Jordan, yang kini berusia 59 tahun, menghabiskan hampir keseluruhan kariernya bersama Bulls, yang menyaksikannya memenangi enam kejuaraan tetapi keluar dari persaraan pada 2001 untuk beraksi selama dua musim dengan Washington Wizards.

BACA: Umur baru 15 tahun, anak muda berjaya sebuah Bank miliknya sendiri