Kebanyakan dari kita menggunakan WhatsApp dan sering kali bertanya-tanya bagaimana WhatsApp menghasilkan pendapatan?
Penggunaannya nampaknya percuma. Sebenarnya, terdapat satu lagi platform yang sangat berguna dan juga percuma, iaitu Google Maps.
Sedarkan atau tidak, hampir setiap hari kita menggunakan Google Maps untuk pandu ke sesuatu kawasan.
Mungkin ada di antara kita yang menggunakan Waze sebagai gantinya. Untuk pengetahuan, semua peta yang terdapat di Waze berasal dari Google Maps, hanya antara muka yang berbeza.
Jika Waze mempunyai pengiklanan untuk menghasilkan pendapatan bagi aplikasinya, Google Maps tidak memaparkan iklan dan semuanya percuma.
Bagaimana Google Maps Menghasilkan Pendapatan?
Untuk menjawab pertanyaan ini, mari kita lihat satu contoh mudah. Pernahkah anda menggunakan aplikasi Grab? Untuk pergi ke sesuatu tempat, kita perlu menetapkan titik mula dan destinasi melalui peta dalam aplikasi Grab.
Peta tersebut menyimpan lokasi mula dan destinasi, dan sistem Grab secara automatik mengira jarak dan arah perjalanan ke lokasi yang kita inginkan.
Di sinilah Google Maps menghasilkan pendapatannya. Semua operasi dari memeriksa lokasi hingga menavigasi ke destinasi sebenarnya melibatkan bayaran.
Walaupun Google Maps tidak mengenakan bayaran kepada pengguna, mereka mengenakan bayaran kepada syarikat yang ingin mengintegrasikan sistem mereka dengan Google Maps.
Contohnya, dalam aplikasi Grab tadi, Grab membayar kepada Google Maps untuk fungsi yang dikongsi tadi. Bayaran bagi perkhidmatan Google Maps ini bergantung kepada bilangan pengguna aplikasi yang menggunakan perkhidmatan peta tersebut.
Semakin ramai pengguna, semakin kerap perkhidmatan peta ini digunakan, dan semakin tinggi bayaran yang dikenakan kepada aplikasi tersebut setiap bulan. Semua kos ini dibebankan kepada syarikat pembangun aplikasi, bukan kepada pengguna.
Itulah sebabnya Google Maps kelihatan percuma, namun pendapatan mereka datang dari syarikat-syarikat aplikasi tersebut. Bagi pengguna, ini memberi kelebihan kerana kita dapat menggunakan Google Maps tanpa bayaran.
Begitulah cara Google Maps menghasilkan pendapatan. Kami yakin bahawa kaedah ini akan terus berkembang dengan adanya fungsi street view dan ciri-ciri Google Maps yang akan datang.
BACA: Kecoh dakwaan rakyat Malaysia kena tambah vaksin lagi, sekali ini respon padu Menteri Kesihatan