Resepi roti bakar ala-ala kopitiam cuma guna kaya dan butter je!

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Ramai yang meminati roti bakar yang dihidangkan di kopitiam kerana rasanya dan rangupnya seakan tidak akan didapati andai dimasak sendiri.

Roti bakar juga sangat enak dan sering disantap bersama secawan kopi

Dan menjadi pilihan yang popular di kalangan pengunjung kopitiam dan meningkatkan selera makan mereka.

Resepi roti bakar ala-ala kopitiam cuma guna kaya dan butter je!

Seorang ahli dalam grup “Masak Apa Hari Ini” (MAHN) telah berkongsi resipi roti bakar ala kopitiam yang kini telah dikongsi sebanyak 5.4k di laman sosial facebook.

Dalam perkongsian Rain Fizrain, beliau hanya menggunakan roti jenama Gardenia, kaya, dan mentega yang dipanaskan menggunakan Pemanggang Ajaib. Mari kita cuba resepi yang telah beliau kongsikan.

Bahan-bahannya:

Roti gardenia

Kaya

Butter

Cara-caranya:

Roti gardenia dibuang kerak roti di bahagian sisinya.

Tabur kaya kedua-dua belah roti. Saya pakai brand Yeos . Sebab sedap dan tak berketul.

Guna butter . Pastikan butter keras yang telah disimpan dalam peti sejuk.

Lepastu roti dibelah dua dan dibakar di atas pemanggang magik. Kalau ada oven guna oven . Suhu 180

Dah siappp . Nak garing mana pun ikot suka hati lah . Masa makan tu butter meleleh² fuhhhhh mantapppppp

Baca juga: “Rasa cinta tiada, yang ada hanya kesian, aku tak tau apa jadi pada dia kalau aku tinggalkan dia tapi aku sendiri yang merana sekarang ni”