Nak sinki berkulat kembali berkilat macam cermin, guna kaedah ini

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Barangan atau perkakas yang sering digunakan di dapur seperti sinki mudah untuk kelihatan kusam.

Menukar yang baru adalah cara terbaik yang boleh difikirkan kerana keluarga

Dan rakan-rakan akan datang melawat sempena sambutan Tahun Baru 2024 yang akan datang.

Nak sinki berkulat kembali berkilat macam cermin, guna kaedah ini

Hasilnya pasti mengejutkan, dan anda tidak perlu menghabiskan duit untuk membeli perkakas baru.

Nak-sinki-berkulat-kembali-berkilat-macam-cermin,-guna-kaedah-ini 01

Cara-cara

1. Ambil kulit lemon atau limau nipis, kemudian potong ke saiz yang lebih kecil.

2. Tumbuk kulit bersama satu cawan air dan tapis supaya dapat mengasingkan hampasnya.

3. Campurkan satu sudu baking soda dan garam. Gaulkan sehingga semua bahan larut.

4. Tambahkan juga satu sudu sabun cuci jenis serbuk dan setengah cawan alkohol. Selesai!

Nak-sinki-berkulat-kembali-berkilat-macam-cermin,-guna-kaedah-ini 0

Larutan ini boleh disimpan dalam botol dan digunakan seperti sabun pembersih biasa.

Selain menjimatkan masa, anda tidak perlu menyental kuat untuk membuat sinki yang kusam kelihatan seperti baru.

Anda boleh menggunakan cecair ini untuk membersihkan lantai, dinding, dan tingkap.

Dengan menggunakan cecair ini, seluruh rumah akan menjadi wangi dan berkilat!

Baca :Rider penghantar makanan terkejut dapat tips RM1000, ingatkan pelanggan tersalah transfer, rupanya..