Seorang pelajar sekolah rendah darjah 6 dari Bandung yang didakwa hilang hampir seminggu telah ditemui.
Menerut laporan dari Tribun News, pelajar perempuan tersebut dijual oleh seorang lelaki yang dikenalinya di media sosial.
Perkara ini diketahui daripada hasil siasatan yang dijalankan Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) Unit Siasatan Jenayah Polis Bandung.
Menurut Ketua Polis Daerah Bandung, Kombes Budi Sartono, mangsa melarikan diri dari rumah untuk bertemu salah seorang suspek yang dikenali di media sosial.
Suspek telah membawa mangsa ke beberapa tempat di Bandung sebelum menjualnya melalui sebuah aplikasi temu janji dan kemudian melakukan hubungan intim dengannya.
Selepas itu, suspek membawa mangsa kepada orang lain dan meletakkan kanak-kanak itu di sebuah apartmen di Kota Bandung.
Ketika itu, seorang lagi suspek juga melakukan persetubuhan dengan mangsa.
Setelah tiga minggu mangsa hilang, akhirnya polis berjaya temui mangsa berada di sebuah apartment tempat dia dan suspek berada.
Suspek mengakui sebelum melarikan diri, mangsa menghubunginya dan memintanya membawanya keluar dari rumah.
Disebabkan itu, kedua-dua suspek ditahan dan boleh dikenakan penjara selama 15 tahun jika didapati bersalah.