Sesuai dengan namanya kalau dapat beli tembikai susu yang tawar rasa memang menyesal.
Sebab itu kita perlu tahu tips pilih buah yang manis bagi mengelak rasa terkilan membelinya.
Tembikai susu ini memang banyak khasiatnya dan bagus untuk kulit kering apa lagi ketika cuaca panas.
Rugi jika menolaknya jika terhidang di depan mata.
Seperti senarai panjang buah-buahan tempatan lain, harga tembikai susu pun lebih murah berbanding buah import walaupun kaya serat dan vitamin.
Jom ikuti panduan pilih tembikai susu yang manis dan berjus seperti dikongsikan oleh Nor Shahidah Abd Kohar:
Panduan pilih tembikau susu yang manis
1. Lihat pada kulit
Jangan ambil buah yang mempunyai kulit yang licin dan bersih. Pilih buah yang mempunyai garisan coklat, lebih banyak garis, lebih bagus.
2. Warna kulit buah
Pilih kulit buah yang berwarna kuning berbanding putih. Ia dijamin lebih manis dan tidak tawar.
CopyAMP code
3. Jangan hanya lihat saiz
Pilih buah yang berat, ia bermaksud buah juicy kerana banyak air. Jika buah kecil, pilih yang paling berat. Buah kecil tidak semestinya tidak manis ya.
4. Goncang buah
Cuba goncang sedikit buah dan dengar jika ada bunyi biji jatuh atau berlaga. Jika ada, ia bermaksud buah sudah cukup masak.
5. Lihat tangkai
Jangan pilih tangkai yang masih hijau, sebaliknya pilih tangkai yang kering. Itu bermakna buah sudah masak dan ranum.
6. Bau
Tips yang akhir sekali, hidu buah tersebut semasa sedang dipilih. Jika sudah masak, buah memang berbau manis berbanding buah yang muda atau belum masak.
Baca:Walaupun sediakan servis percuma, rupanya macam ini cara Google Maps buat duit