Umum mengetahui bahawa masyarakat Cina kurang gemar dengan nombor empat
kerana sebutan nombor empat dalam bahasa Cina menyerupai dengan perkataan yang bermaksud mati dalam bahasa tersebut.
Sebuah kedai kopi yang popular di Kuala Lumpur iaitu Jia Kopitiam telah menjadi tumpuan ramai apabila restoran tersebut mengeluarkan kalendar edisi khas
sempena tahun baru akan datang iaitu kalendar 2023A bagi menggantikan kalendar 2024.
Difahamkan, kalendar edisi khas ini boleh didapati oleh pelanggan-pelanggan yang datang makan di kedai kopi tersebut.
Dalam kalendar tersebut, dapat dilihat bahawa tahun yang sepatutnya menjadi tahun 2024 telah ditukar menjadi 2023A.
Perkongsian kalendar edisi 2023A ini telah menghiburkan ramai netizen. Ada juga yang bergurau kenapa tarikh 24 Januari pula tidak ditukar menjadi 23A Januari.
Apa-apa pun, memang genius team pemasaran kedai kopi ini kan.
BACA: Patutlah semalam penuh Polis baju macam askar dekat tengah KL, rupanya ini sebenarnya yang jadi